Nutrisi Sepanjang Hayat Siri 2: Ibu Hamil Bahagian 1

­­­­­­
Ibu mengandung memerlukan penjagaan diet yang teratur dan seimbang. Ini kerana diet yang betul membantu tumbesaran janin yang normal di samping mengekalkan keperluan nutrisi ibu. Mitos atau kata-kata orang kita tentang ibu mengandung perlu makan banyak kononnya untuk dua orang ialah salah.
Ibu mengandung yang mempunyai berat badan normal sebelum hamil hanya perlu makan lebih 300kcal saja. Itu pun pada trimester dua dan ke atas (6 bulan ke atas). Jika ibu itu kurang berat badan, lebih berat badan atau mengalami obesiti sebelum hamil, dia memerlukan kalori yang berbeza.  Pengiraan keperluan kalori ibu mengandung boleh dibuat di SINI.

Elakkan Kenaikan Berat Badan Mendadak.
Ibu mengandung biasanya akan naik berat badan, sesuai dengan tumbesaran janinnya. Secara amnya sewaktu trimester terakhir, pertambahan berat normal boleh mencapai 12.5 kg. Banyaknya! Memang banyak tapi berat ekstra itu ialah: 
  • Berat bayi
  • Plasenta 
  • Air ketuban 
  • Otot rahim 
  • Darah 
  • Cecair badan 
  • Pembesaran buah dada
  • Lemak untuk menyusu
Tapi jika berat badan anda naik mendadak dan tidak terkawal, ia memberi risiko kesihatan kepada anda seperti darah tinggi, diabetes dan saiz bayi yang besar yang selalunya menyukarkan kelahiran secara normal. 
Namun begitu, anda tidak digalakkan diet melampau. Cukuplah dengan makan secara seimbang dan sihat serta melakukan senaman yang sesuai. Kurangkan kuih-muih manis, ais krim, kek, minuman bergula serta makanan berlemak dan berminyak.

Waktu Makan Teratur
Waktu makan ibu mengandung perlulah teratur. Jangan skip sarapan! Buat mereka yang tak biasa sarapan, cuba amalkan sarapan kerana sarapan yang seimbang member tenaga untuk permulaan hari. Sarapan juga akan membantu anda mengawal pemakanan sepanjang hari. Makan tengahari anda tidak sepatutnya terlalu berat. Ambil lunch yang sederhana tetapi cukup untuk rasa kenyang. Ingat untuk lebihkan sayur dan buah serta air untuk mengelakkan sembelit. Dinner pula simple dan seimbang. Jika anda mengalami rasa lapar secara tiba-tiba, standby buah ataupun biskut bersama anda setiap masa. 


Isu-isu Berkaitan Nutrisi Sewaktu Hamil
1. Loya dan muntah-muntah (Morning sickness)
Gejala ini tidak memberi keselesaan kepada wanita hamil. Punca sebenar morning sickness (yang tidak terjadi hanya pada waktu pagi) ialah perubahan hormon yang membuatkan deria anda lebih sensitif kepada bau, rasa, tekstur makanan. Jika morning sickness yang dialami itu teruk, maka tubuh akan kehilangan air (dehidrasi) dan kehilangan berat badan.

2. Sembelit dan Buasir Hormon yang berubah ketika hamil dan janin yang membesar juga akan mengubah kepejalan otot. Ini menyebabkan sembelit dan buasir (pembengkakan salur darah di rektum yang mempunyai risiko pendarahan). Untuk mengelakkannya, ibu hamil perlu makan makanan tinggi serat, bersenam secara teratur, minum cukup air, dan jika terpaksa menggunakan julap, sila berjumpa doktor anda.

3. Pedih Ulu Hati
Kombinasi pembesaran janin dan hormon yang berubah akan menyebabkan 'acid reflux' atau asid dala perut naik ke bahagian esofagus yang menyebabkan rasa panas. Elakkan pedih ulu hati dengan makan secara perlahan dan tenang, kunyah dengan betul, makan hidangan kecil dengan kerap, elakkan makanan pedas dan berminyak, dan ambil masa berehat satu hingga dua jam sebelum tidur atau bersenam

4. Mengidam atau Tidak Sukakan Makanan Tertentu
Biasanya terjadi kerana perubahan hormon yang membuatkan ibu hamil lebih sensitif kepada bau, rasa dan tekstur makanan berbanding biasa. Selalunya kedua-dua gejala ini tidak memberi kesan kepada nutrisi tetapi jaga-jaga! Selalunya wanita hamil gemar makan asam atas alasan mengidam. Tukarkan asam (yang mempunyai pewarna tiruan, perasa dan entah apa lagi bahan kimia di dalamnya) ke buah-buahan seperti oren dan epal hijau!

Setakat ini dahulu. Jumpa minggu depan untuk zat-zat makanan yang diperlukan oleh wanita hamil. Bye!

2 comments:

Luqman said...

Good advice untuk ibu-ibu yang mengandung atau bercadang untuk mengandung. Advice untuk bapa-bapa ada?

The Khalidah said...

Bapa-bapa kena tunggu :D