Kurus Dengan Kalsium?

Salam!

Bila sebut saja kalsium otomatik kita akan terbayang susu, tulang dan gigi tersengih kan? =..=''
Iklan-iklan produk tenusu juga banyak yang menyatakan produk mereka mempunyai jumlah kalsium tinggi. Apakah fungsi kalsium sebenarnya ya?

Kalsium sebenarnya sejenis mineral atau logam yang wujud secara semulajadi dalam makanan. Ia juga merupakan mineral terbanyak yang ada dalam tubuh manusia, dan 99% daripada jumlah itu berada di tulang dan gigi.

Jangan pandang enteng pada kalsium ya! Kalsium ialah mineral yang sentiasa diperlukan oleh badan kerana kekurangannya akan memberi impak besar kepada kita. Contohnya gigi dan tulang mudah rapuh. Ha...nanti muda-muda lagi gigi dah tercabut habis, tulang senang patah. Ini kerana, kita kehilangan kalsium setiap hari melalui perkumuhan.

Bekalan kalsium adalah amat penting untuk diambil sepanjang hayat, terutamanya untuk ibu mengandung bagi mengoptimakan pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Jika kekurangan kalsium berlaku, kalsium ibu akan diserap oleh kandungan, menyebabkan masalah osteoporosis di kalangan wanita. Kalsium juga penting semasa kanak-kanak membesar, untuk membantu menguatkan tulang, gigi serta membantu kanak-kanak mencapai ketinggian normal.

Pre-menstrual Syndrome (PMS) juga boleh dielakkan dengan mengambil kalsium secara konsisten. Bagi dewasa dan golongan emas, pengambilan kalsium penting untuk 'maintain' ketumpatan tulang supaya tulang tidak mudah rapuh. Bagi mereka yang berdiet, kalsium dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme. Maka, pembakaran lemak juga semakin cepat.

Walaupun osteoporosis sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium, tetapi efek lain yang akan terjadi ialah peningkatan tekanan darah serta degupan jantung tidak sekata. 

Adakah susu hanya ada dalam kalsium? Tidak! Pelbagaikan sumber kalsium anda!Ambil yogurt, brokoli, bayam atau aiskrim yang berasaskan susu.
Pelbagai sumber Kalsium
Jadi mari! Kekalkan kesihatan tulang dan ambillah kalsium! Penyerapan kalsium adalah lebih efektif jika diambil bersama Vitamin D. Pilih makanan tambahan kalsium yang sesuai di samping sumber kalsium semulajadi, okey?

Jumpa lagi!

3 comments:

Luqman said...

Good stuff, thanks for sharing. BTW I hate dentists :-[ so the picture made me cringe...So maggi takda kalsium lah ya?...:-(

The Khalidah said...

I hate dentist too! Gigi rosak pun buat-buat okey :S

Dalam maggi? er..maggi itu jenis makanan zero calorie, meaning ia beri bad calories kepada tubuh tanpa zat2 yang berguna untuk badan. contoh ada carb saja tapi tak ada vitamin, tak ada protein...

The Khalidah said...

...dan bila makan tu cepat saja hilang calorie (bergantung pada tubuh juga sebenarnya T_T)