
Adakalanya kita tidur 8 hingga 10 jam sehari. Bila bangun
tidur, kita masih rasa letih dan mengantuk. Sedangkan ramai orang yang berjaya hanya
tidur 4 hingga 5 jam sehari! Ada masanya hendak tidur pun perlu dipaksa-paksa.
Pusing ke kanan dan kiri, kita masih sukar melelapkan mata. Agaknya kita
terlalu banyak berfikir tentang kejadian sepanjang hari atau masih tertekan
dengan tugasan yang tidak dapat dibereskan. Mungkin juga kesan dimarahi bos siang
tadi masih berbekas di hati sehingga terngiang-ngiang di ruang kepala. Atau
kita terkenang-kenang ibu dan ayah di kampung atau suami mahupun isteri kita
yang terpaksa berjauhan atas nama tugas dan amanah yang perlu digalas.
Apapun alasan
dan sebabnya, semua ini menjadikan tubuh badan kita tidak mendapat rehat yang
secukupnya. Akibatnya, kita akan bangun tidur dalam keadaan yang letih, tidak
bersemangat, mudah marah, sakit kepala dan pastinya ini bukan satu permulaan
yang baik untuk suatu hari yang produktif dan menyeronokkan! Keadaan ini
digambarkan oleh pepatah Inggeris sebagai “waking
up on the wrong side of the bed”!
Stres atau tekanan adalah suatu keadaan yang boleh
menyebabkan kita tidak mendapat tidur yang berkualiti. Tidak mendapat tidur
yang baik juga boleh menyebabkan kita stres. Macam vicious cycle! Bukan itu sahaja, stres juga boleh mengundang
pelbagai penyakit berbahaya jika tidak dikawal dan diuruskan dengan baik. Tanpa
kita sedari, banyak penyakit dikaitkan dengan stres seperti tekanan darah
tinggi, gastrik, sembelit, migrain, ketidakseimbang hormon, sakit-sakit badan,
kerap selsema dan penyakit emosi seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.
Stres yang positif sebenarnya mampu melonjakkan produktiviti
dan membantu kita menjadi orang yang lebih fokus dan berdaya saing. Namun
adakalanya stres menjadi di luar kawalan sehingga membahayakan kesihatan
mahupun nyawa kita! Stres kini bukan sahaja ancaman kepada golongan dewasa yang
bekerja. Anak-anak kita yang masih belajar dan di bangku sekolah pun sudah
kenal perkataan ‘stres’ dan sentiasa rasa tertekan dalam pembelajaran mereka
yang terlalu “exam-oriented”!
Banyak cara sebenarnya boleh membantu meredakan tekanan. Pastinya apabila kita mendekatkan diri dengan Allah yang menciptakan kita dan banyak
berzikir kepadaNya, hati kita akan menjadi lebih tenang. Ini sangat bertepatan
dengan firman Allah dalam surah al Ra’d ayat 28
“Orang-orang yang beriman dan hati
mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah hati menjadi tenteram”.
Pemakanan yang baik juga dapat memainkan peranan untuk melegakan
tekanan. Tahukah anda bahawa jus Qaseh Kekanda dan Adinda mengandungi sejumlah triptofan
iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan seretonin dalam
tubuh. Seretonin berfungsi menstabilkan
mood, memperbaiki kualiti tidur dan menenangkan perasaan.
Rumusan jus Qaseh
yang kaya dengan kurma yang tinggi kualiti dan kuantitinya menjadikan amalan
memakan Qaseh secara konsisten mampu memberi ketenangan emosi dan melegakan
pelbagai masalah yang berpunca daripada tekanan, insya Allah.
Mungkin inilah
hikmah di sebalik suruhan Allah kepada Maryam, bonda Nabi Isa, untuk
menggegarkan pohon kurma seterusnya memakan buah kurma yang jatuh ketika beliau
sedang sarat mengandung dan berada dalam keadaan tertekan disebabkan tohmahan
kaumnya.
Jadi ayuh kita kawal dan uruskan tekanan seharian secara
bijak dan positif. Bersama kita menjadi orang yang bahagia serta dapat
membahagiakan orang lain kerana ini adalah langkah penting untuk menjadi insan
yang cemerlang dunia dan akhirat, insya
Allah.
2 comments:
Saya punya trick bila stress (tapi jangan bagitau sapa-sapa) saya telan 2 biji ubat alergi dan saya akan rasa stoic sampai 24 jam. :p
'jgn bgtau sape2...'
ahaks....blog ni open kot
sesape leh baca....hehehehe
Post a Comment