Hendak Tidur, Tidurlah Mata...Jangan Dikenang Orang Yang Jauh...


Adakalanya kita tidur 8 hingga 10 jam sehari. Bila bangun tidur, kita masih rasa letih dan mengantuk. Sedangkan ramai orang yang berjaya hanya tidur 4 hingga 5 jam sehari! Ada masanya hendak tidur pun perlu dipaksa-paksa. Pusing ke kanan dan kiri, kita masih sukar melelapkan mata. Agaknya kita terlalu banyak berfikir tentang kejadian sepanjang hari atau masih tertekan dengan tugasan yang tidak dapat dibereskan. Mungkin juga kesan dimarahi bos siang tadi masih berbekas di hati sehingga terngiang-ngiang di ruang kepala. Atau kita terkenang-kenang ibu dan ayah di kampung atau suami mahupun isteri kita yang terpaksa berjauhan atas nama tugas dan amanah yang perlu digalas.

Apapun alasan dan sebabnya, semua ini menjadikan tubuh badan kita tidak mendapat rehat yang secukupnya. Akibatnya, kita akan bangun tidur dalam keadaan yang letih, tidak bersemangat, mudah marah, sakit kepala dan pastinya ini bukan satu permulaan yang baik untuk suatu hari yang produktif dan menyeronokkan! Keadaan ini digambarkan oleh pepatah Inggeris sebagai “waking up on the wrong side of the bed”!

Stres atau tekanan adalah suatu keadaan yang boleh menyebabkan kita tidak mendapat tidur yang berkualiti. Tidak mendapat tidur yang baik juga boleh menyebabkan kita stres. Macam vicious cycle! Bukan itu sahaja, stres juga boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya jika tidak dikawal dan diuruskan dengan baik. Tanpa kita sedari, banyak penyakit dikaitkan dengan stres seperti tekanan darah tinggi, gastrik, sembelit, migrain, ketidakseimbang hormon, sakit-sakit badan, kerap selsema dan penyakit emosi seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.

Stres yang positif sebenarnya mampu melonjakkan produktiviti dan membantu kita menjadi orang yang lebih fokus dan berdaya saing. Namun adakalanya stres menjadi di luar kawalan sehingga membahayakan kesihatan mahupun nyawa kita! Stres kini bukan sahaja ancaman kepada golongan dewasa yang bekerja. Anak-anak kita yang masih belajar dan di bangku sekolah pun sudah kenal perkataan ‘stres’ dan sentiasa rasa tertekan dalam pembelajaran mereka yang terlalu “exam-oriented”!

Banyak cara sebenarnya boleh membantu meredakan tekanan. Pastinya apabila kita mendekatkan diri dengan Allah yang menciptakan kita dan banyak berzikir kepadaNya, hati kita akan menjadi lebih tenang. Ini sangat bertepatan dengan firman Allah dalam surah  al Ra’d  ayat 28  “Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram”.

Pemakanan yang baik juga dapat memainkan peranan untuk melegakan tekanan. Tahukah anda bahawa jus Qaseh Kekanda dan Adinda mengandungi sejumlah triptofan iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan seretonin dalam tubuh.  Seretonin berfungsi menstabilkan mood, memperbaiki kualiti tidur dan menenangkan perasaan.

Rumusan jus Qaseh yang kaya dengan kurma yang tinggi kualiti dan kuantitinya menjadikan amalan memakan Qaseh secara konsisten mampu memberi ketenangan emosi dan melegakan pelbagai masalah yang berpunca daripada tekanan, insya Allah.

Mungkin inilah hikmah di sebalik suruhan Allah kepada Maryam, bonda Nabi Isa, untuk menggegarkan pohon kurma seterusnya memakan buah kurma yang jatuh ketika beliau sedang sarat mengandung dan berada dalam keadaan tertekan disebabkan tohmahan kaumnya.
Jadi ayuh kita kawal dan uruskan tekanan seharian secara bijak dan positif. Bersama kita menjadi orang yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain kerana ini adalah langkah penting untuk menjadi insan yang cemerlang  dunia dan akhirat, insya Allah.

2 comments:

Kelly said...

Saya punya trick bila stress (tapi jangan bagitau sapa-sapa) saya telan 2 biji ubat alergi dan saya akan rasa stoic sampai 24 jam. :p

nik syam said...

'jgn bgtau sape2...'
ahaks....blog ni open kot
sesape leh baca....hehehehe