Gaya hidup yang positif merangkumi cara pemakanan yang betul. Untuk membentuk gaya hidup positif, seseorang itu perlu dibentuk sejak kecil. Begitu juga dengan pemakanan untuk bayi yang baru lahir.
![]() |
Kolostrum ialah cecair kuning di sebelah kiri |
Keperluan nutrisi bayi baru lahir yang paling banyak ialah kalsium dan lemak. Kalsium akan membentuk tulangnya dan lemak digunakan untuk pertumbuhan otak. Namun nutrisi lain juga tidak kurang penting.
Sepanjang 4 bulan pertama, adalah disarankan supaya ibu-ibu memberi susu badan secara esklusif. Ini kerana, pada 4 bulan pertama sistem pencernaan bayi anda masih lagi pada tahap asas dan belum berkembang dan cukup tahan untuk menerima makanan lain selain susu ibu. Selepas tempoh itu, ibu-ibu dibenarkan untuk memberi susu badan bersama susu formula. Pilihlah susu formula yang sesuai. Cari alternatif lain jika anak anda mengalami alahan laktosa.
Setelah mencapai usia 6 bulan, anda dibenarkan untuk memperkenalkan makanan separa solid kepadanya. Anda boleh campurkan susu dengan bijirin bayi, atau mengisar nasi bersama sayuran (lobak, kacang peas, kacang merah) ataupun ikan dan ayam. Waktu ini juga anda dibenarkan untuk memberi puri buah-buahan (epal, pear, pisang) kepadanya. Beri bayi anda rasa semua jenis sayuran dan buah untuk membiasakannya makan makanan tersebut nanti.

Jangan lupa untuk memberi bayi anda air yang mencukupi. Sembelit juga ialah satu masalah yang dihadapi oleh bayi dan ia sangat menyakitkan.
Selamat memberikan si manja anda nutrisi terbaik untuknya!
No comments:
Post a Comment