Qaseh mengandungi pes kurma dan madu asli dalam kuantiti
yang tinggi. Kedua-dua makanan sunnah tersohor ini kaya dengan glukosa dan
fruktosa iaitu gula semulajadi yang dapat membantu meningkatkan stamina, insya Allah.

2. Qaseh membantu mengurangkan rasa lapar

Qaseh juga boleh diberikan
kepada anak-anak yang baru belajar berpuasa agar dapat membantu mereka menahan
lapar dan dahaga dengan lebih mudah dan menjadikan ibadah puasa satu pengalaman
yang lebih menyeronokkan!
3.Qaseh membantu mengawal gastrik

Di samping itu,
Qaseh turut kaya dengan pes kurma yang dapat
membantu mengurangkan asiditi dalam perut. Gabungan makanan sunnah lain dalam
Qaseh seperti minyak zaitun dan habbatus sauda’ serta gum arabic yang bertindak
sebagai prebiotik semulajadi turut menjadikan Qaseh berkesan dalam
membantu melegakan dan mengawal gastrik, insya Allah.
4. Qaseh membantu melawaskan pembuangan
Ketidakselesaan pada tubuh badan akibat daripada masalah
sembelit atau cirit birit boleh mengganggu amal ibadah kita.
Selain daripada itu, Qaseh turut mengandungi prebiotik
semulajadi daripada gum arabic yang menyihatkan usus. Prebiotik penting bagi
meningkatkan penghasilan bakteria baik dalam usus serta membantu
mengurangkan keradangan dalam saluran
gastrousus.
5. Qaseh membantu melegakan tekanan
Qaseh mengandungi triptofan iaitu sejenis asid amino yang
diperlukan untuk menghasilkan seretonin dalam tubuh. Seretonin berfungsi
menstabilkan mood, memperbaiki kualiti
tidur serta memberi rasa tenang dan melegakan tekanan.
Ketenangan dan kesejahteraan emosi adalah sama pentingnya agar
kita dapat beribadah dengan lebih sempurna.
6. Qaseh mencerdaskan minda

Madu dan kurma yang merupakan bahan utama dalam Qaseh, turut
dikenali sebagai agen mencerdaskan minda. Ini kerana madu dan kurma kaya dengan
glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat merangsang fungsi otak untuk lebih
cerdas dan bertenaga, lebih peka dan lebih daya tumpuan, insya Allah.
Selain daripada itu, Qasen juga menggabungkan makanan minda
lain yang tidak kurang hebatnya seperti za’faran, gingko, habbatus sauda’ dan
air zam-zam.
7. Qaseh membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh

Allah telah menjadikan madu dengan kehebatan dan keupayaan menjadi
penawar kepada manusia daripada berbagai-bagai penyakit (surah anNahlu:69).
Antara kelebihan madu yang merupakan antara bahan penting dalam
Qaseh ialah keupayaannya sebagai booster
yang kuat dan berkesan kepada sistem ketahanan tubuh. Ciri madu yang anti
bakteria, anti virus dan anti oksidan membantu memperbaiki sistem penghadaman
dan menyokong kesihatan tubuh serta melawan pelbagai jangkitan penyakit.
Delima, minyak zaitun dan kurma juga kaya dengan anti oksidan.
Begitu juga dengan habbatus sauda’ yang bercirikan anti oksidan, anti bakteria
dan anti radang. Ini menjadikan makanan-makanan sunnah elok diamalkan dan
berkesan untuk memperkuatkan sistem ketahanan tubuh badan, insya Allah.
Jadi, jom kita berikhtiar dengan jus Qaseh untuk kekal sihat dan meningkatkan
keupayaan fizikal, minda & emosi di bulan yang mulia ini, insya Allah! Jadikan Qaseh
menu wajib sepanjang Ramadhan!
![]() |
Amalkan meminum jus Qaseh secara konsisten
iaitu 2-3 sudu besar pada waktu pagi sebelum bersahur (dan dalam keadaan perut
kosong) dan 2-3 sudu besar sebelum tidur. Sebagai tambahan, elok
juga mengambil jus Qaseh sewaktu berbuka untuk membantu menambah kesegaran tubuh
badan bagi meneruskan ibadah tarawih dan tadarus al Quran.
|
No comments:
Post a Comment