Batuk Tanda Kanser?



Artikel daripada Utusan Online

Batuk seringkali dikaitkan dengan rasa sakit dada dan keperitan di tekak. Ia adalah salah satu gangguan kesihatan yang 10 kali lebih kerap dideritai oleh kaum Adam berbanding wanita. Biasanya kesakitan akan lebih dideritai individu apabila mereka meneran atau menahan batuk tersebut daripada 'dilepaskan' secara normal. Golongan lelaki yang mempunyai batuk yang berlarutan lazimnya adalah perokok tegar yang berkemungkinan besar akan menghidap kanser paru-paru.

Di Malaysia, sebanyak 50 peratus perokok adalah perokok dewasa yang aktif dan 75 peratus daripadanya difahamkan menghidap penyakit kanser paru-paru. Pakar Radiologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Dr. Sivakumaran Karupayah berkata, punca utama pesakit kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok, suasana di tempat kerja yang tidak kondusif, radiasi atau faktor keturunan.

"Kebanyakan perokok yang aktif merokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan ini selalu dikaitkan dengan lelaki, manakala perempuan peratusannya sedikit rendah. "Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat begitu banyak bahan kimia berbahaya terkandung di dalam rokok. "Antara simptom-simptom lain yang dapat dikenal pasti jika pesakit membuat rawatan awal ialah penurunan berat badan, selera makan berkurang, demam, warna kuku berubah menjadi kebiruan dan batuk berdarah," katanya.

Menurut Dr. Sivakumaran, pesakit dinasihatkan berjumpa doktor pakar pada peringkat awal untuk mengenal pasti jenis batuk bagi mengelakkan berlakunya batuk berdarah seterusnya mendapat kanser paru-paru. Pesakit yang tidak mengambil langkah-langkah awal jelasnya, dikhuatiri hanya mempunyai 30 peratus sahaja peluang untuk hidup.

Katanya, walau untuk tujuan apa sekalipun, merokok pastinya menimbulkan banyak masalah kepada manusia bukan sahaja dari aspek kesihatan malah sosial. "Perokok pasif atau mereka yang dikelilingi perokok aktif terdedah kepada risiko kanser paru-paru dan penyaikit jantung, masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis, sakit atau pedih mata, bersin dan batuk-batuk, sakit kerongkong dan sakit kepala," katanya.


Bagi mengelakkan batuk yang berpanjangan kita boleh mengamalkan Qaseh. Qaseh mengandungi madu yang dapat memulihkan batuk. Hal ini kerana madu mempunyai banyak khasiatnya. Kajian mengesahkan bahawa madu mempunyai ciri anti bakteria yang berupaya menghalang jangkitan daripada terus merebak.
" Kesihatan adalah pelaburan kita yang paling mahal dan berharga. Kesihatan yang baik akan menjadikan kehidupan lebih ceria dan bermakna".

No comments: