Kita biasa mendengar perumpamaan Melayu menyebut ‘manis
seperti madu’. Memang benar kerana madu adalah pemanis semulajadi yang sememangnya
sangat manis! Madu boleh digunakan sebagai pilihan yang lebih berkhasiat untuk
menggantikan gula dalam makanan mahupun minuman seharian. Kelebihan madu ini
bukan sahaja pada rasanya tetapi keupayaannya untuk meningkatkan kesihatan
tubuh badan dan merawat pelbagai penyakit!
Madu Minuman Ciptaan Allah

Sabda Baginda Nabi Sallallahua’laihiwasallam “Ambilllah, pergunakanlah olehmu sekelian dua penyembuh iaitu madu dan al Quran”( Riwayat Ibnu
Majah).
Pastinya madu adalah minuman ciptaan Allah yang tidak dapat
dihasilkan melalui mana-mana sebatian kimia di dalam makmal!
Pembekal Tenaga Segera!

Jelasnya madu sangat sesuai diamalkan oleh semua orang yang
perlukan tenaga dalam aktiviti seharian mereka samada golongan pelajar, pekerja
mahpun ahli sukan, golongan kanak-kanak, dewasa mahupun yang lanjut usia!
Bagaimanapun kanak-kanak di bawah umur 1 tahun tidak disarankan mengambil madu
kerana risiko penyakit “infant botulism”.
Anti Bakteria, Anti Virus, Anti Fungus, Anti Septik dan Anti Inflamasi Semulajadi!

Madu turut didapati berkesan merawat masalah penghadaman
seperti cirit-birit, ketidakhadaman, ulser perut dan gastrik serta masalah-masalah
lain seperti resdung dan gout.
Merawat Luka & Mengurangkan Parut!
Madu turut menjadi penawar semuladi untuk masalah luka dan
melecur. Ciri madu yang anti septik dan anti bakteria dapat menghalang pembiakan
bakteria dan jangkitan. Madu juga berfungsi sebagai anti inflamasi yang berupaya mengurangkan
sakit dan bengkak serta parut.
Ubat Batuk Semulajadi!
Keunikan madu adalah pada sifatnya yang anti bakteria dan
anti inflamasi. Ini menjadikan madu penawar semulajadi yang sangat mujarab
untuk masalah batuk dan sakit tekak. Tak perlu lagi kepada ubat batuk yang
mengandungi dadah yang boleh memberi kesan sampingan! Madu dapat menyamankan
tekak dan berupaya membunuh sesetengah bakteria yang menyebabkan jangkitan.
Sebagai tambahan, boleh amalkan madu bersama limau nipis atau lemon samada
dimakan terus atau dibancuh ke dalam segelas air suam dengan secubit garam
untuk melegakan batuk dan sakit tekak.
Campuran madu bersama susu kambing (boleh cuba Power Goat
Ana) didapati berkesan untuk membantu merawat jangkitan paru-paru.
Agen Awet Muda!

Keupayaan madu untuk menyerap kelembapan dari udara dan
mengekalkan kelembapan pada tempat yang disapu menjadikan kulit segar dan
mengelakkan kekeringan. Ciri anti
bakteria madu didapati sangat berkesan untuk membersihkan kulit dan merawat
jerawat!
Ciri anti oksida madu melindungi kulit daripada kerosakan
akibat sinar UV matahari , menggalakkan pertumbuhan sel baru pada kulit serta
mengurangkan parut.
Agen Mencerdaskan Minda!
Kandungan glukosa dan fruktosa semulajadi dalam madu
berupaya merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih peka dan lebih daya
tumpuan serta menguatkan daya ingatan.
Bukan sahaja kanak-kanak dan golongan pelajar yang perlu mengamalkan
madu, malah kita yang dewasa ini pun perlu kepada minda yang cerdas kerana minda
yang bertenaga turut berperanan mempengaruhi kecergasan tubuh badan.
Ubat Tidur Lena!
Kalau susah tidur, boleh amalkan madu dengan segelas susu panas (sebaik-baiknya susu
kambing PowerGoat Ana lah ya J).
No comments:
Post a Comment