Nutrisi Sepanjang Hayat Siri 2: Ibu Hamil Bahagian II

Salam!

Mari kita sambung perkongsian tentang nutrisi ibu mengandung. Untuk wanita mengandung yang pergi ke klinik untuk pemeriksaan berkala, mesti diberi pil-pil vitamin kan? Ada diberi Asid Folik, kalsium dan Vitamin B Kompleks. Tapi tahukah anda wanita mengandung memerlukan lebih daripada itu? 



Wanita mengandung memerlukan makanan tambahan kerana 2 sebab. Sebab pertama ialah untuk memastikan wanita itu sendiri sihat untuk 'membawa' kandungan itu. Sebab kedua ialah untuk memastikan kandungannya melalui fasa tumbesaran yang normal dan optimum.

Keperluan nutrisi yang diperlukan ialah:

1.  Asid Lemak
Asid lemak diperlukan oleh tubuh ibu dan juga oleh otak janin kerana majoritinya otak dibentuk oleh bahan lipd (lemak).

2. Folate, Zat Besi
Untuk menambah darah untuk keperluan plasenta, dan untuk kegunaan janin.


3. Kalsium dan Vitamin D
Kalau kita perasan, produk yang ditambah kalsium pasti ada vitamin D sekali kan? Gunanya Vitamin D ini ialah sebagai pemangkin penyerapan kalsium oleh tubuh kita. Kalsium diperlukan untuk membina tulang janin, dan juga maintain ketumpatan tulang ibu kerana janin akan menyerap kalsium daripada tubuh itu kalau keperluannya tidak mencukupi. Sebab itu wanita lebih berisiko tinggi untuk kena osteoporosis.

4. Protein
Digunakan untuk perkembangan sel serta fungsi biologi dan kimia badan seperti hormon dan DNA.

Selain itu jangan lupa juga untuk minum air mineral yang mencukupi dan mengikut saranan penjagaan kesihatan oleh doktor!

Jumpa lagi untuk bincangkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi pula!


No comments: