Rahsia Jadi Kuat & Bertenaga....


Adakah kita sering keletihan? Kurang bertenaga? Rasa lesu? Mudah penat? Masih mengantuk dan tidak cergas walaupun mendapat tidur yang lama? Jika jawapannya ialah ‘ya’, pastinya ini akan menggangu aktiviti seharian dan sudah tentu menjejaskan kualiti hidup kita.

Rata-ratanya kita mudah menyalahkan faktor umur yang semakin meningkat atau bebanan kerja yang bertambah atau kerenah anak-anak yang memeningkan kepala sebagai penyebab mengapa kita mudah menjadi letih dan kurang bertenaga. Ataupun kita mungkin menganggap soal tenaga ini perkara biasa yang tidak memberi kesan yang besar kepada rutin hidup kita.

Seringkali juga kita memandang remeh kepentingan mempunyai tenaga baik fizikal mahupun minda. Kalau diajukan satu produk yang boleh menjadikan kita lebih bertenaga, adakalanya kita tidak terdorong untuk mencuba kerana kebiasaannya kita lebih mementingkan soal kecantikan luaran..produk apa yang boleh menegangkan kulit..produk yang mana yang boleh menjadikan kita awet muda..produk apa yang boleh menjadikan kita kurus dan sebagainya. Masyarakat lebih mudah tertarik dengan produk-produk sebegini walaupun terpaksa melaburkan sejumlah wang yang banyak.

Tanpa menafikan keperluannya, hakikatnya ialah bagaimana hendak menjadi seperti orang muda kalau tiada tenaga? Apalah ertinya kurus kalau tidak bermaya. Bagaimana hendak nampak cantik di luar kalau tubuh badan letih dan lesu?
Energy Booster!

Antara pemakanan semulajadi yang dianjurkan dalam Islam dan telah terbukti dari segi saintifiknya sebagai agen pembekal tenaga ialah kurma dan madu. Kedua-dua makanan hebat ini disebut dan diiktiraf oleh Allah di dalam al Quran dan Hadis Baginda Nabi Muhammad SAW.
Kurma

Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa kurma adalah antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma mengandungi glukosa dan fruktosa iaitu sejenis gula ringkas yang dapat diserap dengan mudah oleh tubuh bagi menghasilkan tenaga segera dan berpanjangan. Inilah hikmah di sebalik perintah Allah kepada Saidatina Maryam supaya memakan buah kurma di saat beliau sedang bertarung dengan kesakitan ketika mahu melahirkan Nabi Isa AS. Kisah ini ada dinukilkan dalam surah Maryam ayat 23-26 “……Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.

Umat Islam disunatkan berbuka puasa dengan kurma. Hikmahnya adalah kerana lazimnya orang yang berpuasa tidak makan atau minum selama lebih 12 jam. Amalan memulakan makan berbuka puasa dengan kurma dapat menyumbang tenaga serta-merta dan ini membolehkan seseorang beribadah dan menunaikan solat maghrib atau tarawih dengan lebih mudah. Selain daripada itu, ini juga dapat menghalang kita daripada makan berlebihan ketika berbuka terutamanya makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi yang lambat dihadam oleh tubuh yang akan mengakibatkan tubuh badan menjadi letih dan lesu walaupun kita telah makan dalam kuantiti yang banyak.
Madu

Selain daripada kurma, madu juga diperakui dari segi kajiannya sebagai ‘energy booster’ ! Madu bukan sahaja sedap rasanya tetapi sangat berkesan menghilangkan keletihan dan membekalkan kekuatan dan tenaga dalam aktiviti seharian. Seperti kurma, madu kaya dengan gula semulajadi iaitu glukosa dan fruktosa. Kandungan glukosa dalam madu terus diserap oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga segera manakala kandungan fruktosa dalam madu diserap dengan lebih perlahan bagi membekalkan tenaga yang berterusan.

Ramai ahli sukan menjadikan madu minuman harian mereka untuk meningkatkan stamina dan memberi tenaga tambahan serta merawat keletihan otot.

Kehebatan madu mendapat pengiktirafan Allah apabila diangkat sebagai penyembuh yang unggul dalam firmanNya di dalam surah an Nahlu ayat 69 “..dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warna, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)".

Pilihan Bijak dengan jus Qaseh !

Jadi, apa kata kita kembali kepada penawar semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah untuk mendapat tenaga. Bagi mereka yang sibuk atau berhadapan dengan kekangan masa dan kewangan, satu alternatif untuk menikmati kurma dan madu dalam diet seharian dengan mudah, murah dan mujarab insya Allah ialah dengan mengamalkan jus Qaseh.

Jus Qaseh menggabungkan sejumlah madu asli dan pes kurma dalam kuantiti yang tinggi serta diperlengkapkan dengan berbagai makanan sunnah lain. Insya Allah jus Qaseh berkesan menjadikan tubuh badan kita lebih cergas dan bertenaga baik dari segi fizikal dan juga minda.


Bukankah hidup ini lebih bermakna jika kita dapat menyempurnakan tugasan harian dengan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas, malamnya pula dapat kita hiasi dengan beribadah kepada Allah Rabbul Jalil. Semua ini sebenarnya menuntut TENAGA ..jasmani dan ruhani mahupun minda dan emosi. Tanpa tenaga tiadalah seri dan semangat dalam menjalani kehidupan. Tanpa tenaga, biarpun umur baru menjangkau 20an atau 30an tetapi lagaknya mengalahkan para datuk dan nenek!
Dengan tenaga, tidak kira kita muda atau tua pada usia, pastinya kita mampu menjadi pekerja yang lebih produktif, ayah yang lebih efektif, ibu yang tangkas bak supermom, pelajar yang lebih peka, anak yang lebih membantu dan paling utamanya hamba Allah yang lebih baik di sisiNya, insya Allah. Tatkala ini barulah boleh kita katakan “age is just a number”!

JADI…JOM BERQASEH ! J

1 comment:

Luqman said...

Alhamdulillah, great job. Peringatan dan cadangan yang baik untuk semua yang memerlukan tenaga. Untuk Ramadhan ni apa cadangan pula? Thumbs up!