Namun adakalanya bila tiba bulan puasa, maka mulalah penyakit lama menyerang kembali. Apa lagi kalau bukan masalah gastrik yang pastinya menyukarkan kita untuk menahan lapar dan dahaga sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, malah membantutkan segala amalan kebaikan yang ingin kita kejar demi meraih kasih sayang Yang Maha Pencipta. Bagi sesetengah orang, penyakit gastrik yang dihidapi sebelum ini berterusan menghantuinya di bulan Ramadhan. Ada sesetengahnya pula hanya diserang gastrik di bulan puasa! Ada juga yang bernasib baik, bulan Ramadhan yang mulia dapat dilalui dengan tenang lantaran tiada pula gastrik yang menyerang!
Gastrik oh Gastrik!
Pernahkah anda rasa mual atau rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas ulu hati? Atau adakah anda sering mengalami rasa kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan biarpun selepas makan sedikit? Ini mungkin antara tanda-tanda seseorang menghidapi gastrik.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Amalan pemakanan yang tidak sihat atau tidak teratur, pengambilan sesetengah ubatan serta tekanan hidup turut dikaitkan dengan masalah gastrik.
Kembalilah Kepada Makanan Sunnah Sebagai Penawar Semulajadi!
Keajaiban makanan sunnah sebagai penawar kepada tubuh badan manusia telah jelas diperakui dan diiktiraf dalam al Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun dahulu. Antara makanan sunnah yang disebut secara khusus oleh Allah dan Baginda Rasul SAW ialah madu (surah an Nahlu:69) dan kurma (surah Maryam:23-26). Kajian saintifik terhadap makanan sunnah ini seterusnya mempamerkan penemuan-penemuan hebat yang sangat bernilai sebagai khazanah perubatan alternatif dan penawar semulajadi!
Jus Qaseh – Pilihan Bijak Untuk Membantu Mengawal Gastrik !

Amalan meminum jus Qaseh secara konsisten iaitu 2-3 sudu besar pada waktu pagi sebelum bersahur (dan dalam keadaan perut kosong) dan 2-3 sudu besar sebelum tidur, insya Allah dapat membantu melegakan masalah gastrik seterusnya mengawalnya daripada berulang. Sebagai tambahan, elok juga mengambil jus Qaseh sewaktu berbuka untuk membantu menambah kesegaran tubuh badan bagi meneruskan ibadah tarawih dan tadarus al Quran.
Jus Qaseh Kaya Dengan Madu Asli!
Madu asli, makanan sunnah tersohor, yang diadun secara khusus dalam jus Qaseh, bersifat anti radang dan anti bakteria menjadikannya satu penawar yang sangat berkesan untuk masalah gastrik.

Menurut kajian klinikal seperti yang dilaporkan oleh J Drug Res 1987; 17:103-106, madu juga mengurangkan rembesen asid gastrik. Penggunaan madu sebagai diet tambahan turut berkesan merawat ulser gastrik.

Kajian yang dijalankan antaranya oleh Al Qarawi AA dan pasukannya dari Department of Veterinary Medicine, Faculty of Agriculture and Veterinary Medicine, King Saud University membuktikan terdapat pelbagai faktor pada kurma yang menjadikannya berkesan melindungi perut daripada masalah gastrik, antaranya adalah pada cirinya yang anti oksida.
Selain daripada itu buah kurma juga kaya dengan triptofan iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan serotonin dalam tubuh. Serotonin berfungsi menstabilkan mood dan melegakan tekanan yang turut menjadi antara penyumbang kepada masalah gastrik.
Jus Qaseh Mengandungi Prebiotik Semulajadi!

Jus Qaseh Mengandungi Minyak Zaitun!

Jus Qaseh Mengandungi Habbatussauda’!

Jadi, mari kita kembali kepada penawar semulajadi yang diiktiraf oleh Allah dan Rasulllah SAW untuk kesejahteraan tubuh badan demi meningkatkan amal ibadah kepadaNya di bulan yang mulia ini. Jadikan jus Qaseh teman sejati di bulan Ramadhan dan sebagai satu ikhtiar dan alternatif bijak untuk mendapat khasiat makanan-makanan sunnah ini secara MUDAH dan pada masa yang sama dengan kos yang jauh lebih MURAH serta MUJARRAB untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal, emosi dan minda, insya Allah.
![]() |
JUS QASEH : TINGGI kurma, TINGGI madu & dilengkapi dengan pelbagai makanan sunnah serta prebiotik semulajadi! |
No comments:
Post a Comment