Qaseh Ana - Mendekatkan Pelanggan Dengan Kami

Pada Sabtu 28 April lepas kami berpeluang menganjurkan majlis Qaseh ANA yang pada mulanya hanya sebagai majlis untuk meraikan pemenang cabutan bertuah dan cabutan percutian ke Bandung untuk pelanggan kami. Tapi bila difikir balik apa salahnya raikan kanak-kanak sekali, ye dak?

Jadi kami buat juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 5-9 tahun. Peserta kebanyakan ialah pelajar tadika dan sekolah agama sekitar Greenwood, Taman Melewar dan Taman Koperasi Polis. Ada juga demo masakan bersama Rabbani! Saya pun buat demo minuman milkshake/smoothie! Jom layan gambar sekitar program (:

Gigih kan sampai bawah meja pun boleh


Sambil anak-anak mewarna, emak ayah tengok-tengok produk

Nak tahu ramai ke tidak, tengok selipa dan kasut :p







Ummu Sarah yang sama-sama turun padang melancarkan aktiviti

Ni serius bukan wartawan Melodi. Pn Zakiah dan Rabbani nak start masak ni.

Mula-mula check ada tanda Halal ke tidak di kuali. Hahaha!

Pn Zakiah dan Rabbani sedang demo masak char koey teow udang

Muka sabar, dalam hati tak sabar nak rasa.


Jangan pandang sebelah mata! Tak kekok langsung :D


Ustaz Azadan yang interview saya. Saya rasa sungguh artis sekali :p

Budak-budak ni suka sangat smoothie yang saya buat. Boleh buka bisnis nampaknya heehe

Tukang masak sukarela, Makcik Piah dari Kg Lembah Melewar


Hadiah cabutan bertuah

Performance dari Rabbani

Bersama En Luqman dan En Rosman semasa cabutan percutian ke Bandung
Seronok! Alhamdulillah segala plan menjadi. Jumpa lagi.

No comments: