Nutrisi Sepanjang Hidup Siri 1 [Introduksi]

Salam!

Keperluan nutrisi yang tepat dapat membantu kita kekal sihat, mencegah penyakit serta kekal awet muda. Ramai orang terutama sekali masyarakat di Malaysia yang ambil mudah keperlua nutrisi mereka dan keluarga. Apa yang jelas, kita di Malaysia kurang sekali makan sayuran dan buah, serta kurang minum air walaupun kita tinggal dalam cuaca panas tropika sepanjang tahun.

Klik untuk tumbesaran!

Pada setiap peringkat usia, manusia mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Kita perlulah mendapatkan nutrisi yang sesuai dengan usia, aktiviti fizikal dan keperluan kesihatan. Sebab itulah kita perlu memahami sedikit sebanyak informasi tentang nutrisi sepanjang hayat.

Pecahan nutrisi ini boleh dibahagikan ke: Wanita mengandung, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

Kekurangan informasi dan kesedaran di kalangan kita perlulah kita atasi. Ini kerana, amalan pengambilan makanan yang tidak seimbang dan nutrisi yang kurang sesuai  akan berterusan sepanjang usia dan mungkin juga akan menjadi satu 'pusaka' negatif yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Pengetahuan nutrisi ini juga dapat membantu dalam penyediaan makanan dan penjagaan kesihatan individu dan keluarga.

Di siri yang akan datang, kita akan mendalami keperluan nutrisi untuk wanita mengandung. Benarkah wanita mengandung perlu makan banyak kononnya untuk keperluan dua orang? Apakah nutrisi yang paling diperlukan oleh wanita hamil untuk mengekalkan kesihatannya sambil memastikan tumbesaran kandungannya normal? Adakah wanita berpantang selepas bersalin itu perlu hindarkan sayur dan air yang banyak?

Tunggu siri yang akan datang, ya? Jumpa lagi! 

1 comment:

Luqman said...

Keperluan dua orang? Macam pernah dengar je alasan tu...Mengandung ni lesen besar untuk lupakan diet...bimbangkan kesihatan anak lah katakan...