Alah Risiko Maut


Artikel daripada Berita Harian Online


TANGGAPAN bahawa perkembangan penyakit berkaitan alahan dan imunologi seperti Primary Immunodeficiencis (PI) sebagai kes terpinggir dan jarang dihidapi seharusnya dikikis bukan saja di kalangan masyarakat malah pihak berkuasa. Kebanyakan kes diagnosa PI adalah di kalangan kanak-kanak berusia kurang dari setahun. Bagaimanapun, bentuk PI yang kurang serius tidak dapat dikesan sehinggalah penghidap lebih dewasa.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT PI

Presiden Persatuan Alahan dan Imunologi Malaysia (MSAI), Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, berkata PI bersifat warisan selain berpunca daripada kecacatan genetik dalam sistem imun. “Ini menyebabkan penghidap mudah mendapat pelbagai jenis jangkitan yang menjejaskan kulit, telinga, paru-paru, usus dan organ lain tubuh,” katanya kepada Sihat.
Dr Amir Hamzah berkata, jangkitan yang dialami pula bersifat kronik, berterusan, berulang dan dalam sesetengah kes membawa maut.

“Dalam satu kajian beberapa tahun lalu, kadar tersebar luas penyakit ini dianggarkan 1 dalam 1,200 orang. Malah, laporan kajian yang dikendalikan Malaysian Primary Immunodeficiency Network atau MyPin mendapati daripada sejumlah kanak-kanak yang berkemungkinan menghidap PI, 30 peratus daripada mereka disahkan menghidap penyakit ini,” katanya kepada Sihat.
Dr Amir Hamzah berkata, sehingga kini Malaysia hanya mampu mengesan dua peratus saja daripada penghidap PI dan ini bermakna, ramai ibu bapa yang tidak tahu anak mereka menderita penyakit ini.

Beliau berkata, peningkatan jumlah kes menunjukkan PI bukan penyakit luar biasa di mana pakar klinikal dan perkhidmatan diagnostik perlu dibentuk dan digerakkan segera bagi mengawal dan menguruskan penghidap PI ke paras optimum.

Sementara itu, Perunding Alahan Pediatrik dan Dewasa di Hospital Gleneagles, Dr Kent Woo Chee Keen berkata, ramai orang menyangka mereka mempunyai penyakit alahan terutama membabitkan saluran udara, tetapi sebenarnya masalah imun.

TANDA-TANDA PI

“Dua perkara penting yang perlu saya tegaskan ialah sesiapa yang mendapat serangan resdung atau sinus dua kali atau lebih dalam masa setahun yang memerlukan dua atau lebih jenis antibiotik setahun, ia adalah satu tanda amaran bahawa anda menghadapi masalah kecacatan imun atau PI.

“Satu lagi amaran jelas adalah apabila anda sering berulang alik ke hospital sekitar empat kali atau lebih setahun, memerlukan antibiotik dan mengalami radang paru-paru, anda berkemungkinan mengalami PI,” katanya.

Dr Kent berkata, sama juga dengan persepsi terhadap asma atau semput. Ramai yang menyangka ia adalah penyakit padahal asma adalah gejala kepada penyakit alahan. Sehubungan itu, amat penting bagi individu yang mengalami asma menjalani ujian dan penilaian sempurna.

Mereka perlu berjumpa pakar imunologi dan pakar alahan supaya dapat mengesan faktor penyebab kepada alahan itu. Oleh itu, pesakit dapat mengelak daripada terdedah kepada faktor berkenaan seperti alah kepada anjing, kucing atau habuk. Gunakan kaedah paling berkesan dan praktikal seperti tidak membela haiwan peliharaan atau menjemur, mencuci cadar, bantal dan tilam sekerap mungkin.

Nafas berdehit dan batuk berterusan adalah tanda awal asma tetapi bagi seorang dewasa yang batuk selama lapan minggu secara berterusan (batuk kronik), ia adalah tanda mereka menghidap asma. Ini juga menunjukkan bahawa ramai orang yang mengalami asma tidak tahu mereka menghidap penyakit itu. Asma datang dalam pelbagai bentuk termasuk asma yang berpunca daripada alahan, tanpa alahan dan cara kerja.

RAWATAN PI

Dengan penilaian dan diagnosa yang tepat asma boleh diurus dan dirawat. Antara rawatan paling berkesan adalah dalam bentuk sedutan kortikosteroid. Sedutan steroid mampu mengawal salur udara yang mengalami keradangan yang menjadi punca kepada asma.

Keberkesanan sedutan steroid disesuaikan dengan betapa serius dan tahap kawalan pesakit. Bagaimanapun, kaedah terbaik untuk mengawal asma adalah dengan terapi imun.

Alahan dan PI juga boleh dirawat dengan mengamalkan Qaseh setiap hari. Hal ini kerana Qaseh mengandungi madu, pegaga dan habbatus' sauda sebagai pencegahan semulajadi.

No comments: