Assalamualaikum teman-teman,
Setiap perkara yang berbaloi dalam dunia ini pasti mempunyai cabaran dalam merealisasikannya. Hanya perkara remeh, enteng dan tidak berbaloi sahaja yang dapat dicapai dengan mudah dan tanpa perlunya kita bertungkus lumus mengerjakan tulang empat kerat.

Lalu, antara cabaran-cabaran yang kita hadapi itu pastinya ada yang menyebabkan kita tergelincir dan jatuh. Kerana manusia itu tidak sunyi daripada kealpaan dan kesilapan. Justeru, persepsi yang tepat berhubung kegagalan mestilah ditanam dalam diri kita agar kita dapat bingkas bangun dan meneruskan perjalanan berbekalkan inspirasi yang lebih kukuh ke destinasi yang dihajati.

Bukan pula bermaksud kita perlu membuat kerja secara sambil lewa atau membuta tuli sehingga melakukan kesilapan, tetapi berusahalah sebaik mungkin dalam setiap urusan; dan jika kita tersilap langkah, belajarlah daripadanya dan segeralah meneruskan perjalanan hidup dengan lebih yakin, lebih mantap dan lebih berpengetahuan. Jadikan pengalaman kita itu satu motivasi kepada diri kita untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagi.
2 comments:
Thanks...satu motivasi yg terkesan..
Kami harap semua beroleh manfaat daripada motivasi ni :D
Post a Comment