Showing posts with label Tekanan. Show all posts
Showing posts with label Tekanan. Show all posts

7 Sebab Perlu Mengamalkan QASEH Di Bulan Ramadhan!

1. Qaseh membekalkan tenaga

Qaseh mengandungi pes kurma dan madu asli dalam kuantiti yang tinggi. Kedua-dua makanan sunnah tersohor ini kaya dengan glukosa dan fruktosa iaitu gula semulajadi yang dapat membantu meningkatkan stamina, insya Allah.

Glukosa diserap terus oleh tubuh bagi menghasilkan tenaga segera. Manakala fruktosa pula diserap dengan lebih perlahan bagi membekalkan tenaga yang berterusan. Insya Allah dengan tenaga, kita dapat memenuhi tuntutan ibadah puasa dan pada masa yang sama menjalankan rutin seharian dengan lebih cergas dan baik.

2. Qaseh membantu mengurangkan rasa lapar

Qaseh mengandungi serat larut daripada gum arabic dan kurma dan serat tak larut daripada kurma dan buah tiin. Serat larut menarik air dan membentuk bahan seperti gel serta berupaya memperlahankan pergerakan makanan melalui usus. Ini menjadikan makanan tinggal lebih lama dalam usus seterusnya mengurangkan rasa lapar. Serat tak larut juga dapat menimbulkan rasa kenyang serta membantu mengawal selera makan.

Qaseh  juga boleh diberikan kepada anak-anak yang baru belajar berpuasa agar dapat membantu mereka menahan lapar dan dahaga dengan lebih mudah dan menjadikan ibadah puasa satu pengalaman yang lebih menyeronokkan!

3.Qaseh membantu mengawal gastrik

Gastrik lazimnya disebabkan oleh bakteria helicobacter pylori (H.pylori). Jus Qaseh tinggi kandungan madu yang bersifat anti radang dan anti bakteria. Ciri unik pada madu ini menjadikannya berkesan dalam melemahkan dan menghalang pembiakan bakteria H.pylori ini.
Di samping itu, Qaseh turut kaya dengan pes kurma yang  dapat membantu mengurangkan asiditi dalam perut. Gabungan makanan sunnah lain dalam Qaseh seperti minyak zaitun dan habbatus sauda’ serta gum arabic yang bertindak sebagai  prebiotik semulajadi  turut menjadikan Qaseh berkesan dalam membantu melegakan dan mengawal gastrik, insya Allah.

4. Qaseh membantu melawaskan pembuangan

Ketidakselesaan pada tubuh badan akibat daripada masalah sembelit atau cirit birit boleh mengganggu amal ibadah kita.

Qaseh mengandungi serat tak larut khususnya daripada pes kurma, yang bergerak melalui usus tanpa diserap. Serat jenis ini membantu melancarkan pergerakan usus dengan mempercepatkan perjalanan makanan melalui usus. Kajian seterusnya menyokong keperluan menggabungkan kedua-dua jenis serat larut dan serat tak larut untuk melancarkan sistem pembuangan air besar dan mengatasi masalah sembelit mahupun cirit birit.

Selain daripada itu, Qaseh turut mengandungi prebiotik semulajadi daripada gum arabic yang menyihatkan usus. Prebiotik penting bagi meningkatkan penghasilan bakteria baik dalam usus serta membantu mengurangkan  keradangan dalam saluran gastrousus.

5. Qaseh membantu melegakan tekanan

Qaseh mengandungi triptofan iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan seretonin dalam tubuh. Seretonin berfungsi menstabilkan mood,  memperbaiki kualiti tidur serta memberi rasa tenang dan melegakan tekanan.

Ketenangan dan kesejahteraan emosi adalah sama pentingnya agar kita dapat beribadah dengan lebih sempurna.

6. Qaseh mencerdaskan minda

Kesejahteraan tubuh badan dalam menghadapi Ramadhan pastinya menuntut  bukan sahaja kecergasan fizikal tetapi tenaga dan kecerdasan minda.

Madu dan kurma yang merupakan bahan utama dalam Qaseh, turut dikenali sebagai agen mencerdaskan minda. Ini kerana madu dan kurma kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas dan bertenaga, lebih peka dan lebih daya tumpuan, insya Allah.

Selain daripada itu, Qasen juga menggabungkan makanan minda lain yang tidak kurang hebatnya seperti za’faran, gingko, habbatus sauda’ dan air zam-zam. 

7. Qaseh membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh

Sistem ketahanan tubuh berfungsi mempertahankan tubuh badan daripada serangan dan pencerobohan bahan asing  seperti mikroorganisma, bakteria, virus dan fungus.

Allah telah menjadikan madu dengan kehebatan dan keupayaan menjadi penawar kepada manusia daripada berbagai-bagai penyakit (surah anNahlu:69).  

Antara kelebihan madu yang merupakan antara bahan penting dalam Qaseh ialah keupayaannya sebagai booster yang kuat dan berkesan kepada sistem ketahanan tubuh. Ciri madu yang anti bakteria, anti virus dan anti oksidan membantu memperbaiki sistem penghadaman dan menyokong kesihatan tubuh serta melawan pelbagai jangkitan penyakit.

Delima, minyak zaitun dan kurma juga kaya dengan anti oksidan. Begitu juga dengan habbatus sauda’ yang bercirikan anti oksidan, anti bakteria dan anti radang. Ini menjadikan makanan-makanan sunnah elok diamalkan dan berkesan untuk memperkuatkan sistem ketahanan tubuh badan, insya Allah.

Jadi, jom kita berikhtiar dengan jus Qaseh untuk kekal sihat dan meningkatkan keupayaan fizikal, minda & emosi di bulan yang mulia ini, insya Allah! Jadikan Qaseh menu wajib sepanjang Ramadhan!
Amalkan meminum jus Qaseh secara konsisten iaitu 2-3 sudu besar pada waktu pagi sebelum bersahur (dan dalam keadaan perut kosong) dan 2-3 sudu besar sebelum tidur. Sebagai tambahan, elok juga mengambil jus Qaseh sewaktu berbuka untuk membantu menambah kesegaran tubuh badan bagi meneruskan ibadah tarawih dan tadarus al Quran.

Hendak Tidur, Tidurlah Mata...Jangan Dikenang Orang Yang Jauh...


Adakalanya kita tidur 8 hingga 10 jam sehari. Bila bangun tidur, kita masih rasa letih dan mengantuk. Sedangkan ramai orang yang berjaya hanya tidur 4 hingga 5 jam sehari! Ada masanya hendak tidur pun perlu dipaksa-paksa. Pusing ke kanan dan kiri, kita masih sukar melelapkan mata. Agaknya kita terlalu banyak berfikir tentang kejadian sepanjang hari atau masih tertekan dengan tugasan yang tidak dapat dibereskan. Mungkin juga kesan dimarahi bos siang tadi masih berbekas di hati sehingga terngiang-ngiang di ruang kepala. Atau kita terkenang-kenang ibu dan ayah di kampung atau suami mahupun isteri kita yang terpaksa berjauhan atas nama tugas dan amanah yang perlu digalas.

Apapun alasan dan sebabnya, semua ini menjadikan tubuh badan kita tidak mendapat rehat yang secukupnya. Akibatnya, kita akan bangun tidur dalam keadaan yang letih, tidak bersemangat, mudah marah, sakit kepala dan pastinya ini bukan satu permulaan yang baik untuk suatu hari yang produktif dan menyeronokkan! Keadaan ini digambarkan oleh pepatah Inggeris sebagai “waking up on the wrong side of the bed”!

Stres atau tekanan adalah suatu keadaan yang boleh menyebabkan kita tidak mendapat tidur yang berkualiti. Tidak mendapat tidur yang baik juga boleh menyebabkan kita stres. Macam vicious cycle! Bukan itu sahaja, stres juga boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya jika tidak dikawal dan diuruskan dengan baik. Tanpa kita sedari, banyak penyakit dikaitkan dengan stres seperti tekanan darah tinggi, gastrik, sembelit, migrain, ketidakseimbang hormon, sakit-sakit badan, kerap selsema dan penyakit emosi seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.

Stres yang positif sebenarnya mampu melonjakkan produktiviti dan membantu kita menjadi orang yang lebih fokus dan berdaya saing. Namun adakalanya stres menjadi di luar kawalan sehingga membahayakan kesihatan mahupun nyawa kita! Stres kini bukan sahaja ancaman kepada golongan dewasa yang bekerja. Anak-anak kita yang masih belajar dan di bangku sekolah pun sudah kenal perkataan ‘stres’ dan sentiasa rasa tertekan dalam pembelajaran mereka yang terlalu “exam-oriented”!

Banyak cara sebenarnya boleh membantu meredakan tekanan. Pastinya apabila kita mendekatkan diri dengan Allah yang menciptakan kita dan banyak berzikir kepadaNya, hati kita akan menjadi lebih tenang. Ini sangat bertepatan dengan firman Allah dalam surah  al Ra’d  ayat 28  “Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram”.

Pemakanan yang baik juga dapat memainkan peranan untuk melegakan tekanan. Tahukah anda bahawa jus Qaseh Kekanda dan Adinda mengandungi sejumlah triptofan iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan seretonin dalam tubuh.  Seretonin berfungsi menstabilkan mood, memperbaiki kualiti tidur dan menenangkan perasaan.

Rumusan jus Qaseh yang kaya dengan kurma yang tinggi kualiti dan kuantitinya menjadikan amalan memakan Qaseh secara konsisten mampu memberi ketenangan emosi dan melegakan pelbagai masalah yang berpunca daripada tekanan, insya Allah.

Mungkin inilah hikmah di sebalik suruhan Allah kepada Maryam, bonda Nabi Isa, untuk menggegarkan pohon kurma seterusnya memakan buah kurma yang jatuh ketika beliau sedang sarat mengandung dan berada dalam keadaan tertekan disebabkan tohmahan kaumnya.
Jadi ayuh kita kawal dan uruskan tekanan seharian secara bijak dan positif. Bersama kita menjadi orang yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain kerana ini adalah langkah penting untuk menjadi insan yang cemerlang  dunia dan akhirat, insya Allah.