Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tips Minum LEBIH BANYAK Air


Hai!

So last week saya dah share fungsi air untuk kecantikan. Hari ni saya nak share tips untuk minum air, istimewa untuk mereka yang susah sangat nak minum macam saya sendiri.


1. Sediakan segelas air dalam bilik sebelum tidur. Bila bangun keesokan pagi, minum segera sebelum cuci muka.

2. Bawa air dalam botol ke mana-mana anda pergi terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal seperti shopping, atau ketika berada di bawah terik matahari.

3. Set masa untuk minum air setiap setengah jam. Kalau lupa juga, boleh guna alarm di handphone sebagai peringatan.

4. Makan makanan yang mengandungi kandungan air tinggi seperti sup, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tembikai, timun dan tomato adalah antara contoh buah dan sayur yang ada kandungan air yang tinggi.

5. Campurkan buah dalam air minuman. Ini dipanggil infused water. Hiriskan limau, oren, epal, daun mint atau kismis, masukkan dalam air dan tunggu semalaman sebelum minum. Rasa masam-masamnya akan buat kita nak berselera untuk minum lebih!

Selamat mencuba!

Minum Air Untuk Cantik!


Salam!

Hai, dah berapa gelas air kita minum hari ni? Ada yang kata bergelas dah. Ada pula yang kata tak sampai segelas lagi (macam saya ni). Huhu!


Tahukah anda, minum air pun boleh jadi cantik?


1. Kulit Kelihatan Lebih Bersih
Air yang cukup akan membuang toksin dari badan dan menjadikan kulit kita lebih bersih tanpa jerawat dan cela!

2. Kulit Lebih Berseri
Pengaliran darah yang lancar selepas minum air yang cukup akan buat kulit berseri dan pink-pink gitu..

3. Mata Yang Bersinar
Mata kita mengandungi cecair dan dilapisi dengan cecair juga. Kalau kekurangan air, mata kita mula rasa kering dan gatal. Jadi amalkan minum air untukmata cantik!



Susah nak minum air? Aaa memang susah bagi yang tak biasa. Tak apa, lain kali saya share macam mana  nak buat kita selera minum air.

Tata!


Khasiat Halia


Halia ialah satu herba penting dalam masakan Asia terutamanya masakan Melayu. Dari resepi yang ada tumis-tumis, sampailah ke kuih-muih tradisional macam pengat, pasti ada halia untuk menambah rasa dan aroma. Kalau di kampung, senang saja ditanam di laman rumah. Di KL ni, jumpa di pasar  raya jelah...

Tak ramai orang yang gemar makan halia ni. Mungkin sebab rasanya yang agak pedas kot. Kalau jumpa dalam makanan mesti akan kuis letak tepi.

Sebab itu khasiat halia tak ramai yang tahu. Ramai yang kata untuk buang angin je. Jom tengok khasiat lain halia!

1. Merawat sistem pencernaan
Terasa perut sebu dan pembuangan bermasalah? Cuba minum air rebusan halia bersama madu!

2. Meringankan sakit kepala
Halia melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh, maka insyaAllah sakit kepala yang disebabkan oleh aliran darah bermasalah itu akan berkurangan

3. Memanaskan badan
Untuk mereka yang tak tahan sejuk, asyik sakit-sakit urat...haa cubalah petua makan halia atau minum air rebusannya!

4. Mengatasi Lemah Tenaga Batin
Betul, sebab halia melancarkan darah ke...ke..ke 'situ' -_-'''

5. Melegakan Asthma
Kerana halia bantu buka salur pernafasan dan mengeluarkan kahak di tekak.

6. Anti Kanser
Sebagai langkah mencegah kanser, amalkan makan halia ya! Untuk yang menderita kanser, halia membantu dalam rawatan anda.

Selamat mencuba!

Gigi Manis


Salam!

Adakah anda peminat makanan manis ni? Selalunya perempuan lah yang minat makan coklat, kek, kuih bagai.


Peminat makanan manis ni sentiasa ada keinginan nak mengunyah. Dalam beg mesti standby gula-gula paling kurang. Saya kadang-kadang jelah, itu pun Mentos huhu! Ikut kajian yang dibuat atas tikus, tikus yang biasa diberi makanan bergula ni akan jadi tak keruan kalau keputusan bekalan! Macam ketagih, gitu.

Nak makan manis boleh tapi biarlah berpada-pada dan seimbangkan dengan senaman untuk bakar kalori. Jangan lupa gosok dan flos gigi!

Anda pula macam mana?

High Heels: Cantik Yang Hodoh


Salam!

Ada tak pembaca QQ yang suka sangat pakai stiletto atau kasut tumit tinggi? Cantik kan bila terletak di kaki? Kita pun menapak lebih confident dan rasa seksi. Tambah pula banyak rekaan terkini yang buat kita telan liur banyak kali. Rasa macam nak borong semua!

Amboi, style kan!

Tapi tahukan anda ada masalah kalau kita pakai kasut tumit tinggi dalam jangkamasa panjang? Jom kita checkout apa masalahnya!

1. Postur Badan Yang Tak Normal & Sakit Pinggang.
Klik untuk lebih jelas!
Umpama kita jalan berjengket kaki,  kasut tumit tinggi akan buat tulang belakang kita lebih bengkok. Sebab itu bila kita pakai sakut tumit tinggi, punggung kelihatan sedikit terjungkit kan? Itu akan menyebabkan kita rasa sakit pinggang.

2. Tekanan Di Kaki
Tumit, lutut dan bahagian hujung kaki kita ialah 3 titik yang membawa beban tubuh kita bila kita pakai kasut tumit tinggi. Lebih tinggi tumit kasut tu, lebih banyak tekanan yang kita hadapi.

3. Kekejangan Kaki
Sebab saraf kaki terutama di betis akan mengecut dan jadi pendek jika selalu pakai kasut tumit tinggi. Dah tak boleh regang :(

4. Bentuk Kaki Berubah
Bentuk kaki boleh berubah kerana tekanan yang ditanggung kerana tulang jari kaki membengkok.

5. Morton's Neuroma
Akan terjadi akibat saraf mengembang. Walaupun tak nampak di kulit tapi ia menyakitkan atau buat kitarasa kebas.

Adakah anda rasa macam tu bila pakai kasut tumit tinggi?

Terapi Kanser Semula Jadi

Artikel daripada Utusan Malaysia Online


STATISTIK daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan bahawa penyakit kanser adalah salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia apabila ia telah membunuh 7.6 juta orang pada tahun 2008. Malah, lebih memburukkan lagi apabila pada tahun 2030, dijangka kadar pesakit kanser akan meningkat sehingga 12 juta kes. Menurut data Majlis Kanser Nasional, MAKNA, di Malaysia sahaja, seramai 45,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dengan tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.

Menurut pakar pemakanan dan perubatan seluruh dunia, punca kepada peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan faktor pemakanan yang tidak seimbang. Realiti pemakanan kebelakangan ini amat membimbangkan apabila hampir 90 peratus daripada makanan seharian kita bersifat asid dan mengandungi pelbagai bahan perisa dan pengawet tiruan yang dibuat daripada bahan kimia dan sintetik yang merupakan agen kepada kanser. Realiti ini jauh berbeza seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan seluruh dunia di mana tubuh yang sihat memerlukan 20 peratus makanan berasid dan 80 peratus beralkali. Pengambilan makanan berasid dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan keadaan tubuh badan berasid yang boleh melemahkan sistem antibodi dan imunisasi. Seterusnya, ia boleh mengundang pelbagai penyakit kronik terutamanya kanser. Sel kanser adalah sel tidak normal yang membahagi dan membiak membentuk ketulan asing di tubuh badan yang dikenali sebagai tumor. Rawatan konvensional bukan sahaja mampu membunuh sel kanser, malah turut membunuh sel-sel yang normal.

Sumber Vitamin B17TAHUKAH ANDA bahawa Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tubuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk berjenama Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain dan dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia. Ini amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan. Prof. Madya Dr Syed Zainal Husin Wafa juga menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Ini amat penting bagi memastikan kandungan vitamin B17 masih kekal dan tidak rosak serta bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan. Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr Ismail Lasa berkata, "Aprikot kaya dengan vitamin B17 yang dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain." Khairun Nisa, 36 tahun, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai langkah alternatif bagi membantu rawatan penyakit yang dihadapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif. Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya semakin menyusut dan menghilang. 

Pendarahan Rektum Semasa Hamil

Artikel daripada Utusan Malaysia Online

"MASALAH pendarahan rektum adalah biasa berlaku pada golongan wanita hamil dan tidak akan membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan. "Wanita hamil tidak perlu risau akan masalah ini kerana keberangkalian mendapat masalah lain adalah rendah, namun pemeriksaan haruslah dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar," katanya. Dr. Seenivasagam berkata, petanda bagi pendarahan rektum adalah apabila titisan darah muncul ketika membuang air besar. "Pendarahan rektum mempunyai beberapa kemungkinan iaitu berpunca daripada buasir ataupun sembelit," katanya lagi. Kemungkinan untuk mendapat buasir adalah tinggi dalam situasi sedang hamil kerana pembesaran saiz janin di dalam kandungan menyebabkan tekanan pada saluran darah.

Namun Dr. Seenivasagam berkata, pendarahan rektum juga berpunca daripada masalah lain seperti sembelit. "Perubahan fisiologi akan berlaku terhadap sistem badan wanita hamil menjadikan keperluan air sangat diperlukan oleh badan. "Kekurangan terhadap pengambilan air dalam kehidupan seharian mengakibatkan sembelit dan ini menyebabkan pendarahan rektum berlaku," tambahnya sewaktu ditemu bual di Hospital Pantai Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sembelit berlaku apabila kekurangan pengambilan air dan nutrien serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang menyebabkan kesukaran membuang air besar. Najis yang keras dan terlalu meneran sewaktu membuang air besar mengakibatkan luka pada bahagian kulit dubur dan menyebabkan pendarahan berlaku. Luka atau rekahan yang terjadi akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang air besar jika dibandingkan dengan buasir. "Pendarahan rektum akibat luka dan sembelit akan hilang setelah bersalin dan selalunya masalah ini dapat disembuhkan dengan pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor dan pengambilan diet yang betul," katanya.

Selain itu, bagi wanita yang mempunyai masalah buasir, Dr. Seenivasagam berkata, masalah itu mampu membesar sehingga ke peringkat ketiga ketika hamil jika mereka tidak mengamalkan diet seimbang dan pengambilan air yang mencukupi. Namun, buasir biasanya akan mengecil dan berkurang setelah bersalin. Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali membuang air besar. Masalah buasir akan timbul apabila pembengkakan pada kusyen vaskular berlaku akibat tekanan yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran.

Untuk mengenal pasti punca masalah pendarahan ini, pemeriksaan proctoscopy akan dilakukan alat tersebut dimasukkan ke dalam dubur untuk mengenalpasti punca masalah tersebut. Dalam pada itu, bagi merawat dan mengurangkan masalah pendarahan rektum ini, ubat melembutkan najis atau ubat mengawal buasir akan diberikan oleh doktor. "Masalah ini tidak memerlukan pembedahan dan kebanyakan pesakit tidak berjumpa doktor kerana takut dibedah," kata Dr. Seenivasagam. Pengambilan air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari serta mengambil diet seimbang disarankan oleh doktor bagi mengelakkan pendarahan rektum berlaku semasa proses kehamilan. Jika gejala ini berlaku pada wanita hamil, segeralah berjumpa doktor bagi mengelakkan masalah lain seperti ketumbuhan atau kanser dalaman. 



Bantut Bukan Genetik

Artikel daripada Utusan Malaysia Online


ADAKAH anak anda dalam kategori bantut? Cuba lihat keadaan fizikal mereka, adakah mempunyai saiz yang sama dengan kanak-kanak seusia mereka? Anda juga pasti akur jika genetik anda adalah bersaiz kecil dan rendah, mungkin juga anda menganggap ketinggian dan berat anak-anak yang rendah dan kurus adalah satu perkara normal. Cara paling mudah untuk mengetahui tahap tumbesaran anak ialah dengan memantau secara berkala. Contohnya, dalam enam bulan sekali dengan pengiraan menggunakan indeks jisim tubuh (Body Mass Index, BMI) sebagaimana orang dewasa. Kemudian bandingkan hasil BMI anak anda dengan keluk tumbesaran global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menentukan sama ada mereka mengalami masalah ini atau tidak.

Bantut adalah masalah tumbesaran yang tidak normal akibat daripada cara pengambilan nutrien yang tidak seimbang dalam diet seharian. Buang mitos genetik merupakan faktor saiz seseorang. Menurut penyelidik dari Universiti Perubatan Antarabangsa Kuala Lumpur, Prof. Dr. Khor Geok Lin, kadar pertumbuhan bagi setiap kanak-kanak adalah sama. Katanya, jika kanak-kanak diberi nutrien yang cukup dan seimbang, proses tumbesaran menjadi normal seperti kanak-kanak lain.

"Kajian mendapati kira-kira 30 peratus kanak-kanak diklasifikasikan sebagai terbantut adalah juga diklasifikasikan sebagai obes atau mempunyai berat badan berlebihan. "Kesan pengambilan diet yang tidak sesuai adalah antara punca berlaku masalah terbantut ditambah dengan masalah obesiti ini dalam kalangan kanak-kanak," katanya. Beliau berkata pada seminar mengenai Pengambilan Makanan Terkini bagi Kanak-Kanak dan Kesannya pada Garis Panduan Masa Hadapan dan Tindakan di Kuala Lumpur baru-baru ini

Beliau merupakan salah seorang daripada empat penyelidik yang menghasilkan Kajian NutriPlanet, Dosir Saintifik, iaitu kajian mengenai status pemakanan kanak-kanak Malaysia berumur antara satu hingga 10 tahun. Kajian diambil daripada analisis tulisan serta temu ramah dengan pakar kesihatan dan pakar berkepentingan telah dijalankan. Kajian memfokuskan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang, meneliti dari segi kelas sosioekonomi dan kaum yang berlainan mengikut taburan penduduk.

Menurut Dr. Khor, kajian mendedahkan bahawa terdapat 14.4 peratus kanak-kanak mengalami masalah pertumbuhan dimana mereka tidak mencapai ketinggian normal. Dalam pada itu seorang lagi penyelidik Prof. Dr. Zalilah Shariff, dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, hasil kajian turut menunjukkan masalah tumbesaran terbantut terus meluas dan ia paling menonjol pada usia dua tahun. Katanya, angka tersebut lebih ketara pada kanak-kanak dalam kelas sosioekonomi paling rendah dan kerap berlaku dalam kalangan penduduk Melayu.

"Melalui kajian yang dijalankan kami dapati pemakanan dan pengambilan nutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia masih mempunyai masalah terutama dalam pengambilan diet yang tidak seimbang. "Secara umumnya kebanyakan kanak-kanak telah mendapat tenaga dan nutrien yang mencukupi dari bahan-bahan keperluan bagi kanak-kanak, namun masih terdapat masalah dalam pengambilan fiber dan kalsium," katanya. Selain itu menurut Dr. Zalilah, terdapat kadar pengambilan sesetengah nutrien yang melebihi daripada saranan pakar pemakanan contohnya gula dan karbohidrat. Seperti yang telah disarankan oleh pakar pemakanan di seluruh dunia, diet berdasarkan piramid makanan adalah pengambilan terbaik untuk kanak-kanak.

"Hakikatnya, ibu bapa masih lagi dapat mengawal cara pemakanan anak-anak yang berusia enam tahun ke bawah tetapi pada usia yang semakin meningkat kanak-kanak lebih dipengaruhi dengan persekitaran sekeliling mengakibatkan mereka telah mula mengambil makanan ringan. "Di sini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mengawasi cara pemakanan dan nutrisi anak-anak," katanya. Dr. Zalilah berkata, banyak ibu bapa yang begitu yakin dengan nutirisi pemakanan yang telah diberikan kepada anak-anak mereka. Beliau percaya corak pemakanan anak-anak sebenarnya ditentu daripada apa yang mereka belajar dan lihat setiap hari.

"Pemakanan yang sihat perlulah di dedahkan sekerap yang mungkin dan i ibu bapa perlu menunjukkan contoh kepada anak-anak dengan turut mengamalkan pemakanan yang sihat. "Pastikan bekalan makanan yang sihat dan seimbang sentiasa berada di rumah dan menjadi amalan dan kegemaran seisi keluarga," katanya.



Ancaman Kanser Payu Dara

Artikel daripada Utusan Malaysian Online


BERBANDING negara maju, wanita di negara-negara kurang membangun seperti India atau Bangladesh, kurang berisiko terhadap kanser payu dara. Ini diakui sendiri pakar perunding pembedahan Hospital Pantai Klang, Dr. Shalizan Torman bahawa semakin maju sesebuah negara, risiko pertambahan jumlah pesakit kanser payu dara juga turut meningkat. Kebanyakan negara maju dan membangun telah mencatat peratusan tinggi bagi penghidap kanser ini.

“Ini mungkin berpunca daripada corak diet dan gaya hidup. Faktor pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti berlebihan dalam mengambil makanan ringan dan pengamalan gaya hidup yang tidak sihat adalah penyumbang terbesar kepada kanser ini," katanya. Dr. Shalizan berkata, walaupun kesedaran tentang bahaya kanser semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, sebahagiannya masih malu untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan awal. Katanya, kebanyakan wanita terutama di luar bandar masih malu untuk membuat pemeriksaan di klinik lebih-lebih lagi apabila melibatkan doktor lelaki. “Hakikatnya penyakit ini boleh dicegah jika setiap wanita mengambil langkah melakukan pengesanan pada peringkat awal," ujarnya ditemui di Klang, baru-baru ini.

Menurut Dr. Shalizan lagi, kanser payu dara boleh dikesan pada peringkat awal melalui beberapa cara yang dilakukan secara sendiri mahupun berjumpa dengan doktor. Amalkan pemeriksaan bahagian payu dara dengan doktor secara berkala. Biasanya mereka yang berumur lebih daripada 35 tahun digalakkan membuat pemeriksaan ini. Untuk mendiagnosis kanser payu dara pada peringkat awal, pemerhatian dibuat melalui mamogram. Melalui cara ini , bukan semua wanita boleh mengesan menggunakan kaedah mamogram kerana kosnya yang tinggi. Tambahan hanya mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi digalakkan untuk membuat rawatan tersebut. Ujian mamogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payu dara. Ini kerana ujian mamogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan," katanya.

Katanya, golongan wanita yang mencapai umur 35 tahun lebih berisiko untuk mendapat kanser payu dara berbanding golongan muda. Namun, hanya 10 peratus sahaja penghidap kanser payu dara disebabkan oleh sejarah keluarga. Selebihnya kanser payu dara terjadi secara sendiri. Mereka yang pernah menghidap kanser ini juga berisiko menghidap kembali jika tiada langkah pencegahan awal dilakukan," katanya.

Menurut Dr. Shalizan, wanita yang mengandung pada usia lewat, mereka yang tidak pernah melahirkan anak dan datang darah haid pada umur yang lebih awal lebih berisiko menghidap kanser tersebut. Ujarnya, kajian mendapati tempoh tamat haid sewaktu mengandung dan menyusu badan dapat mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payu dara bagi seorang wanita.



Cara Merawat Penyakit Tiroid

Artikel daripada Utusan Online


Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan. Kelenjar tiroid Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid. Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit hipotiroidisme Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme. Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid. Hipertiroidisme.Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan. Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal. Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat. 



Tindakan Segera Rawat Strok

Artikel daripada Utusan Malaysia Online


PANIK dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Begitulah reaksi jika ada antara ahli keluarga anda tiba-tiba diserang angin ahmar atau strok. Insan yang tersayang kini tidak mampu bergerak mahupun menguruskan diri. Oleh itu, sokongan dan bantuan emosi daripada keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu proses pemulihan pesakit strok . Selain itu, kemahiran yang betul dapat membantu pesakit strok pulih dan berasa lebih selesa. Namun, tidak semua orang menyedari dan mengetahui caranya kerana ramai menganggap pesakit strok tidak dapat dipulihkan.


Menurut Pegawai Perubatan Hospital Penjagaan Jangka Masa Panjang Columbia Asia, Dr. Zaireen Ahmad Zamri, strok dapat dipulihkan mengikut tahap keseriusan penyakit itu. "Jika anda menghidap strok, tidak bermakna berakhirnya hidup seseorang itu. Strok boleh disembuhkan walaupun separuh daripada otak mengalami kerosakan," katanya. Memanglah, katanya, serangan strok boleh mengubah kehidupan seseorang untuk sepanjang hayat. "Jika sebelum ini mereka boleh berdikari tetapi apabila diserang strok , mereka mungkin mengalami kelumpuhan yang menyebabkan terpaksa bergantung kepada mereka yang sihat," ujarnya. Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan terhadap penyakit ini.

Apa itu strok?Dr. Zaireen memberitahu, strok dikenali sebagai 'serangan otak' kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. " Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran sehinggalah seseorang itu mengalami lumpuh sebelah badan sama ada di sebelah kanan atau kiri. Namun, bukan semua jenis strok menyebabkan lumpuh kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan," katanya. Tambah beliau lagi, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia (salur darah tersumbat) dan strok berdarah (salur darah pecah). Menerangkan mengenai strok iskemia, ia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya. Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak lalu menghalang bekalan darah.

Embolisme serebrum pula berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak. Sementara itu, strok berdarah terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah. Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak. "Dalam hal ini, kebanyakan strok iskemia boleh dicegah dan dirawat secara berkesan untuk mengurangkan kerosakan kepada otak.

"Masalah yang timbul dalam hal pencegahan adalah pesakit sering terkeliru tanda-tanda awal strok dengan penyakit lain seperti jantung," katanya. Sebagai contoh, orang yang merasa sakit dada akan segera mendapatkan rawatan perubatan kerana mereka bimbang mereka mungkin mengalami serangan jantung. Namun, ramai yang menghidap gejala strok, seperti kelemahan di sebelah bahagian badan atau pertuturan yang kurang jelas, cuma mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak mendapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta. "Lebih teruk lagi, ada kalangan ahli keluarga yang beranggapan ia bukan serangan strok tetapi terjadi akibat perbuatan aniaya atau sihir," jelasnya.

Tanda-tanda strok Justeru Dr. Zaireen mengingatkan orang ramai perlu mengetahui tanda amaran awal strok tanpa mengira usia kerana strok boleh menyerang golongan muda. Antara tanda awal kelemahan atau kebas secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan. "Paling ketara kita dapat melihat kesukaran pesakit bercakap atau memahami pertuturan, atau pertuturan tidak jelas," katanya. Apabila tindakan lambat diambil, ramai orang kehilangan banyak masa mendapatkan rawatan kecemasan yang boleh membawa perbezaan ketara dari segi pemulihan strok . Bagaimana strok didiagnosis dan dirawat?Dr. Zaireen menjelaskan, doktor akan melakukan diagnosis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal. Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit. "Setiap pesakit mungkin mengalami kesan strok yang berbeza. Ini disebabkan hilang upaya akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku," jelasnya.

Menurut Dr. Zaireen, orang ramai perlu mengawal faktor utama yang boleh menyumbang kepada strok iaitu diabetes, darah tinggi, paras kolesterol dan tabiat merokok. Selain rawatan ubat-ubatan, pesakit juga boleh menjalani rawatan pemulihan seperti yang dilakukan oleh Hospital Columbia. "Kami menerima pesakit yang disahkan menghidap strok dan diminta melakukan rawatan susulan di sini. Pesakit boleh sembuh dengan adanya rawatan fisioterapi dan penjagaan khas dalam jangka masa panjang dari segi pemakanan dan gaya hidup mereka," katanya. Ditanya sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok , beliau menegaskan ia adalah amat penting kerana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

Ini kerana semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan. "Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling. Di sini kami turut meminta kerjasama keluarga pesakit bagaimana membantu pesakit mengamalkan gaya hidup sihat. "Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah," jelasnya. Tambah beliau, strok mungkin boleh menyerang buat kali kedua. Oleh itu, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.



Sakit Sendi Jejas Kualiti Hidup

Artikel daripada Utusan Online


LAZIMNYA penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang ini adalah osteoarthritis (OA), artritis dan osteoporosis. Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan radang, artritis haus dan lusuh manakala osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang. Begitupun, artritis dan osteoporosis lebih kerap didengari dan kesedaran mengenainya juga lebih tinggi berbanding osteoarthritis.


Secara umumnya osteoarthritis berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan. Menurut Pakar Perunding Rheumatologist, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Amir Azlan Zain, osteoarthritis adalah penyakit yang melibatkan kualiti hidup seseorang. Ini kerana apabila seseorang itu disahkan menghidap osteoarthritis, mereka mungkin akan mengalami masalah seperti tidak boleh berjalan, bengkak di bahagian lutut, tidak boleh membengkokkan kaki serta mengalami kesakitan yang berlarutan.

Tambah Dr. Amir, osteoarthritis yang lazimnya akan menyerang pada bahagian lutut juga boleh merebak ke bahagian-bahagian lain seperti bahu, jari tangan, jari kaki serta pinggang. Katanya lagi, sehingga kini masih belum ada rawatan yang betul-betul dapat menyembuhkan osteoarthritis. “Walaupun penyakit ini tidak boleh diubati, tetapi kesakitan dapat dikurangkan dengan pelbagai cara seperti senaman, fisioterapi, pengambilan ubat tahan sakit dan juga suplemen seperti glukosamina. Begitupun apa yang boleh dicadangkan kepada pesakit ialah melakukan senaman secara berterusan yang bertujuan menguatkan otot-otot di sekitar sendi yang terlibat.

“Pada masa yang sama senaman yang dilakukan ini juga dapat menolong melonggarkan sendi-sendi yang kaku akibat osteoarthritis," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Tambah beliau, selain senaman, pesakit-pesakit juga perlu mengambil berat tentang pemakanan mereka. Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan obesiti dan pengurangan berat badan dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penyakit tersebut. Secara tidak langsung, ia dapat melambatkan proses kemerosotan sendi akibat daripada impak berat badan yang berlebihan.


Sementara itu, menurut Perunding Ortopedik dan Pakar Bedah Arthroplasty, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Lee Chong Meng, sekiranya keadaan menjadi lebih teruk di mana kualiti hidup terjejas teruk, pembedahan adalah perlu untuk meningkatkan kembali kualiti hidup pesakit. Bagaimanapun katanya, pembedahan adalah pilihan terakhir dan ia bergantung kepada keperluan individu dan tahap penyakit osteoarthritis yang dihidapi. “Melalui pembedahan, sekurang-kurangnya pesakit osteoarthritis akan mendapat kembali kehidupan asal mereka walaupun ia tidak 100 peratus. Di samping itu mereka juga akan mendapati sakit sendi telah berkurangan. “Bagaimanapun pembedahan ini biasanya dilakukan untuk sendi-sendi yang besar seperti lutut, pinggul dan juga bahu. Lazimnya pembedahan ini dilakukan di mana sendi-sendi yang rosak ditukar dengan sendi-sendi tiruan," katanya.

Untuk itu, orang ramai disarankan agar mengubah gaya hidup mereka seperti mengurangkan berat badan, amalkan gaya pemakanan yang sihat serta bersenam kerana ia dapat menolong menangani gejala-gejala osteoarthritis. Pada masa yang sama, pesakit-pesakit turut disarankan menambah pengetahuan dan mengikuti perkembangan semasa mengenai osteoarthritis. Bagaimanapun mereka digalakkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan awal di samping mendapat nasihat serta rawatan yang perlu dalam usaha mengurangkan sakit tersebut.

Gaya Hidup Sihat Elak Buasir

Artikel daripada Utusan Online


SEORANG wanita yang baru saja melahirkan anak menderita penyakit buasir sejak hamil dan semakin parah apabila melahirkan anak secara normal. Wanita berkenaan menderita buasir kerana kandungannya yang besar menekan usus dan menyebabkan sembelit. Selepas bersalin, buasirnya semakin parah. Doktor menasihatkannya merendam buasir tadi di dalam air garam suam selama 10 hingga 15 minit untuk mengecutkannya.

Pakar Runding Pembedahan Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata, pesakitnya kini telah sihat dan tidak perlu menjalani pembedahan. "Bagaimanapun jika buasir tidak kecut, pembedahan dengan bius separuh badan dilakukan. Biasanya pembedahan menggunakan laser bagi mengurangkan kesakitan dan darah," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Dr. Jonah menambah terdapat juga pakar perubatan menggunakan dawai kokot atau stapler atau getah untuk mengikat buasir bagi menghalang perjalanan darah. Teknik ini akan menyebabkan buasir tertanggal dengan sendiri dalam masa dua hingga empat minggu.

"Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi di bahagian dubur. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus)," katanya. Menurutnya lagi, buasir boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira usia dan jantina. "Biasanya tanda awal berlaku sewaktu meneran terutama apabila sembelit membuang air besar sehingga menyebabkan sel bengkak melapisi saluran dubur," katanya.

Sembelit jelas Dr. Jonah boleh berlaku akibat jangkitan kuman dalam usus termasuk gastrik, mereka yang mengalami sembelit sejak kecil, diet kurang fiber, kanser usus dan penyakit luar biasa usus besar. "Biasanya pesakit buasir yang berusia lebih 40 tahun perlu menjalani pemeriksaan usus besar untuk mengetahui keadaan di dalamnya. Tisu elastik"Pesakit muda pula biasanya mengalami ketumbuhan atau kanser dan seelok-eloknya usus besar diperiksa menggunakan skop," katanya. Kebarangkalian mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun lebih terdedah kepada buasir tetapi terdapat juga kes bayi menderita buasir kerana kelainan pada usus.

Dr. Jonah berkata, terdapat juga buasir yang bukan disebabkan oleh masalah usus tetapi saluran darah di hujung usus besar tersumbat. "Biasanya apabila sembelit, pesakit perlu meneran setiap kali membuang air besar menyebabkan darah sukar kembali ke jantung. "Salur darah akan tersumbat dan bengkak menyebabkan tisu elastik darah longgar, nipis atau hilang hingga menyebabkan buasir yang parah," katanya.
Dr. Jonah berkata, terdapat empat peringkat buasir. 

Bagi peringkat pertama dan kedua pesakit boleh dirawat tanpa pembedahan. "Pesakit perlu mengambil ubat pada dos yang betul untuk mengecutkan buasir, menghentikan pendarahan dan melawaskan buang air besar," katanya. Pada peringkat tiga, biasanya 10 peratus pendarahan akibat buasir tidak boleh dihentikan dengan ubat. Biasanya buasir akan diikat dengan gelang getah untuk menyekat saluran darah dan buasir akan tanggal dalam masa dua minggu. Pada peringkat empat apabila keadaan semakin parah dengan pendarahan dan nanah tetapi tisu elastik masih ada, pembedahan tidak perlu dijalankan.

"Bagaimanapun apabila keadaan semakin teruk kerana tisu elastik sudah hilang, pembedahan perlu dijalankan," katanya. Dr. Jonah berkata, pesakit buasir perlu mengubah gaya hidup untuk sentiasa sihat. "Pesakit perlu jaga pemakanan dengan kurangkan makanan di luar, lebihkan fiber, banyak minum air suam dan senaman. "Seelok-eloknya hentikan merokok, minum arak dan kurangkan pedas dan gunakan tandas duduk," katanya. Jika masalah buasir berulang, Dr. Jonah menasihatkan pesakit terus berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Air Suam Untuk Kesihatan

Artikel Utusan Malaysia Online


Hadkan aktiviti (luar rumah) dan banyak minum air suam," Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pemberita pada satu majlis baru-baru ini, bila ditanya mengenai apa yang orang ramai perlu buat jika jerubu melanda. Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja. Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam dapat memanjangkan umur sel badan!

Air dingin. Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga. “Tetapi ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan. “Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan," jelas pengamal perubatan Dr. A.Radha. Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan. Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman. “Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan. Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam," jelas Dr. Radha.

Kata Dr. Radha, mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan. Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan. Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan. Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan. “Ia turut membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat," kata beliau. Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.

Kata Dr. Radha, air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi ‘kesejukan’. Jadi air suam adalah pilihan yang baik. Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan, kata beliau lagi.

Menurut Dr. Radha, indikasi terbaik sama ada badan mencukupi imbangan air adalah dengan melihat warna air kencing. Jika warna air kencing pekat kekuningan, seseorang itu mungkin tidak cukup air dalam badan, tetapi jika air kencing itu berwarna kuning pucat dan cerah maka kandungan cecair badan adalah mencukupi. Harus diingat warna air kencing pada sebelah pagi adalah lebih pekat," katanya. Menurut beliau lagi, ahli sains percaya minum air suam ketika makan boleh membantu mengurangkan berat badan.

“Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan. “Ini akan membantu mengurangkan berat badan selain membuang lemak dari bersalut dalam salur darah," katanya. Mengikut amalan perubatan tradisional Cina, untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam. Air sejuk sebenarnya tidak baik untuk perut anda," katanya lagi.- Bernama

Tips Gembira Di Pagi Hari

Salam!

Kali ini saya tak nak tulis panjang-panjang. Nak bagi tips gembira setiap hari. Kita mula dengan pagi. Yelah, pagi ialah permulaan hari dan mood kita pada waktu pagi lah yang akan beri kesan kepada kehidupan kita sepanjang hari tu. Contoh kalau kita bangun dengan stress sebab tak cukup tidur, mesti kita rasa nak marah orang je sampai ke malam.

Tips 1
Bangun awal
Bangun awal boleh mengelakkan kita jadi kelam-kabut nak bersiap. Kita ada lebih masa dan lebih rileks. Untuk bangun awal, kena lah tidur awal ye dak? Jam 10 atau 11 malam tu dah elok dah kalau nak tidur. Dan pastikan anda tidur [ada waktu yang sama setiap malam, barulah boleh bangun awal setiap pagi.


Tips 2
Buang air besar
Ini serius. Kalau kita buang air besar setiap pagi kan kita akan rasa selesa? Toksin keluar dan badan kita jadi lebih ringan. Untuk orang yang selalu sembelit tu, buatlah sesuatu untuk atasi sembelit ya? Contohnya dengan minum 2 gelas air selepas bangun tidur.

Tips 3
Bersenam
Buat senaman regangan yang ringkas, jogging, skipping atau tai chi. Bersenam akan menambah oksigen dalam badan kita supaya kita jadi lebih segar. Ini juga boleh membantu mengatasi sembelit!

Tips 4
Solat dan membaca Al-Quran
Solat melatih kita fokus untuk mencapai ketenangan. Bacaan Al-Quran pula ialah satu bonus kerana getaran bacaannya meningkatkan aura positif diri kita.

Macam mana? Senang tak untuk kita amalkan setiap hari? :D

Oh jangan lupa komen dengan berikan nama dan email address untuk join QQ GIVEAWAY #2. Hadiah bernilai RM52 akan diberikan kepada siapa yang bertuah!


Fibroid Hadir Tanpa Gejala

Artikel daripada Utusan Online


Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.

Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah perubahan haid yang banyak, sakit semasa hubungan seks, mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar, pembesaran dalam rahim dan perut, keguguran dan infertiliti. Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum). Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing. Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar.

Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti.

Punca Fibroid antara punca infertiliti dalam kalangan kaum wanita. Saya akur bahawa perkataan infertiliti sudah cukup untuk menyalakan api ketakutan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan cahaya mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum mempunyai anak. Begitu jugalah masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita, ia pasti akan menimbulkan seribu kerisauan dalam hati mereka. Akan tetapi, harus diingatkan tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami masalah infertiliti. Jika berlaku, maklumat dan pengetahuan mengenai permasalahan tersebut dan cara rawatan perlu dicari. Seterusnya, penghidap hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, menjalani pemeriksaan dan berbincang tentang perawatan yang dapat ditawarkan.

Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mengandung. Lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim.

Sukar Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala ia juga boleh menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvik. Tidak semua wanita mengalami gejala seperti disebutkan itu. Fibroid yang kecil tidak memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Akan tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu gejala yang telah disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap fibroid

Gout : Tolong Jaga Makan

Artikel daripada Utusan Malaysia Online


WALAUPUN telah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, kemeriahannya masih terasa dengan sambutan dan jemputan menghadiri rumah terbuka. Setelah sebulan organ perut ‘direhatkan’ kini segala organ dalam badan mula bekerja keras semula.


Pemakanan yang tidak terkawal boleh mengundang pelbagai jenis penyakit misalnya gout. Penyakit gout kini semakin banyak menyerang terutama di kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas namun terdapat juga mereka yang berusia bawah 30 tahun menghidapinya. Apa sebenarnya penyakit gout? Pakar Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr. G. Selvaraju berkata, gout adalah sakit yang melibatkan sendi-sendi kecil pada kaki dan tangan. Paling biasa berlaku pada sendi-sendi jari kaki dan tangan tetapi boleh juga berlaku di pergelangan tangan, siku dan lutut," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah dan apabila tahap asid urik ini terus meningkat, sebahagiannya membentuk kristal pada bahagian sendi lalu menyebabkannya sakit, sukar bergerak dan bengkak.


Dari manakah datangnya asid urik? Dr. Selvaraju berkata, asid urik terdapat dalam semua jenis makanan daripada haiwan dan purine dalam tumbuhan tetapi tahap kandungannya pelbagai. “Asid urik yang berlebihan akan bertukar menjadi kristal dan berkumpul pada sendi menjadi gout atau dalam buah pinggang sebagai batu karang," katanya. Sebaik-baiknya jelas Dr. Selvaraju, ambillah makanan yang kurang kandungan purine atau asid urik. Seelok-eloknya elakkan daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan, bayam, sayur kacang dan brokoli. Mereka juga perlu menggelakkan minuman beralkohol dan minuman bergas. Walaupun tidak menghidap gout, seelok-eloknya ambil makanan yang kurang purine dan asid urik seperti ayam, ikan kurang lemak dan sayuran berdaun," katanya.


Bagaimanapun terdapat juga keadaan kesihatan yang menyebabkan gout seperti psoriasis dan penyakit berkaitan darah misalnya limfoma, leukemia dan hemolitik anemea. Penyakit berkenaan yang menyebabkan sel darah merah tidak sihat dan cepat terurai membebaskan asid urik. Pesakit yang telah menjalani pemindahan buah pinggang juga mempunyai kandungan asid urik tinggi kerana ubat penolakan cyclosporine yang diambil. Selain itu, kanak-kanak mempunyai kandungan asid urik yang tinggi kerana sel yang sentiasa pecah tetapi mereka tidak diserang gout kerana sel berkenaan sentiasa diperbaharui. Kata Dr. Selvaraju, adakalanya gout sukar dijelaskan kerana ada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi tidak diserang gout. “Mungkin juga asid urik tadi berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan batu karang," katanya.

Dalam pada itu, menurut Dr. Selvaraju, pengurangan berat badan secara mendadak menyebabkan kandungan asid urik meningkat kerana kemusnahan sel. “Justeru jika ingin berat badan ideal, lakukan dengan perlahan-lahan dengan mendapat nasihat doktor," katanya. Apa yang lebih unik jelasnya, wanita tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang masih tidak diketahui.

Sebenarnya kata Dr. Selvaraju, asid urik adalah salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah tinggi dan kencing manis. Tapi ada juga yang mendapat pseudo gout dengan simptom sama seperti gout tetapi ia berkaitan dengan kalsium," katanya. Dr. Selvaraju menegaskan, manusia perlu makan apa yang diperlukan untuk hidup dan bekerja kerana makanan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Makan bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan," nasihatnya.

Puasa Kurangkan Risiko Penyakit

Artikel daripada Utusan Online

Ada yang beranggapan bahawa amalan berpuasa mempunyai kesan buruk kepada pesakit jantung. Andaian ini dikaitkan jangka masa waktu makan yang agak singkat diikuti solat tarawih yang agak intensif selepas berbuka puasa yang menguji tahap kemampuan fizikal seseorang pesakit tersebut. Satu kajian populasi secara retrospektif yang dilakukan di sebuah hospital rujukan utama di Qatar untuk jangka masa 10 tahun (1991-2001) melibatkan hampir 21,000 pesakit jantung koronari menunjukkan secara objektif bahawa tidak ada peningkatan dalam kadar insiden serangan jantung koronari mengejut atau angin tak stabil ketika Ramadan jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Dalam kajian populasi di hospital yang sama, ia menunjukkan bahawa tidak ada peningkatan dalam kekerapan kemasukan ke hospital akibat serangan kegagalan atau lemah jantung serta tiada peningkatan kematian yang ketara akibat kegagalan jantung sepanjang bulan ini. Kajian juga menunjukkan amalan berpuasa tidak menunjukkan peningkatan dalam kadar insidens serangan strok atau angin ahmar berbanding dengan bulan-bulan lain.

Umumnya, kita telah sedia maklum bahawa faktor-faktor risiko utama yang menyebabkan serangan penyakit jantung koronari adalah paras kolesterol yang tinggi, amalan merokok, penyakit diabetes atau peningkatan gula darah yang tidak terkawal, penyakit darah tinggi atau tekanan darah yang tidak stabil dan berat badan yang berlebihan (obesiti).

Secara logiknya, amalan berpuasa seperti yang telah ditunjukkan di dalam banyak kajian saintifik terbukti mampu mengurangkan berat badan yang akan mempengaruhi paras kolesterol darah terutamanya dalam menurunkan kolesterol yang tidak baik (LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) yang boleh mengurangkan risiko serangan jantung koronari. Biasanya seseorang perokok tegar akan mengurangkan tabiat merokok ketika Ramadan dan ini secara langsung membantu mengurangkan risiko serangan jantung.
Dengan penurunan berat badan, amalan berpuasa sudah tentu akan memberi banyak manfaat terutamanya dalam pengurangan paras gula darah. Jika mengikut nasihat yang betul, kawalan penyakit diabetes akan menjadi lebih baik tanpa meningkatkan insiden akibat komplikasi kekurangan gula dalam darah (hipoglisemia).

Beberapa kajian di negara Asia Barat menunjukkan bahawa amalan berpuasa dalam bulan Ramadan selamat untuk pesakit darah tinggi yang meneruskan pengambilan ubat-ubatan seperti biasa sama ada waktu sahur atau berbuka. Dengan adanya ubat-ubatan yang memberi kesan berpanjangan selama 24 hingga 36 jam di pasaran dan dos sekali sehari, ia banyak membantu umat Islam meneruskan amalan berpuasa tanpa perlu bimbang dengan kekurangan pengambilan ubat-ubat boleh memudaratkan penjagaan kesihatan mereka.

Penyakit jantung koronari adalah penyebab kematian yang utama secara global terutamanya di negara-negara sedang membangun termasuk negara kita. Mekanisme penyakit ini memang kompleks yang melibatkan proses inflamatori, hemostatik dan reaksi salur darah di dalam tubuh badan kita. Proses inflamatori ini memainkan peranan penting dalam aterotrombosis atau mekanisme berlakunya penyempitan akibat plak kolesterol dan seterusnya boleh menyebabkan berlaku penyumbatan serius (thrombosis) terhadap salur darah koronari jantung.

Dengan kemajuan sains perubatan terkini, pengamal perubatan boleh mengukur penanda aras inflamatori tersebut dengan mengukur paras high sensitivity C-reactive protein (hs-CRP) dan plasminogen activator inhibitor jenis-1 (PAI-1) dalam sampel darah manusia. Paras hs-CRP dan PAI-1 dapat membantu pakar perubatan meramalkan risiko seseorang mendapat serangan jantung koronari terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes, darah tinggi, kolesterol darah yang tinggi dan mempunyai masalah berat badan berlebihan (obesiti). Kumpulan pesakit ini memang diketahui umum berisiko tinggi mendapat penyakit jantung koronari terutamanya jika faktor-faktor tersebut tidak dirawat atau dikawal secara optimum.

Sekumpulan penyelidik di Pusat Perubatan UKM telah membuat kajian prospektif pada Ramadan 2008/2009 yang melibatkan 121 subjek berumur 40 tahun ke atas yang mempunyai pelbagai faktor risiko penyakit jantung koronari. Tujuan utama kajian ilmiah ini adalah untuk menilai kesan amalan puasa terhadap paras hs-CRP dan PAI-1 dalam sampel darah pesakit-pesakit yang mempunyai beberapa faktor risiko penyakit jantung koronari. Hasil kajian tersebut menunjukkan paras hs-CRP dan PAI-1 semasa bulan Ramadan didapati menurun secara ketara jika dibandingkan dengan parasnya sebelum Ramadan. Kajian ini sangat menarik dan agak konsisten dengan hasil beberapa kajian terdahulu yang dilakukan oleh penyelidik dari luar negara. Penurunan paras hs-CRP dan PAI-1 akan memberikan kesan positif dalam mengurangkan risiko serangan jantung koronari serta dapat mengelakkan kematian.

Pada masa sama, kajian yang melibatkan etnik Melayu Islam ini juga mendapati berlaku penurunan paras LDL dan peningkatan paras HDL yang ketara semasa bulan Ramadan. Perubahan positif profil kolesterol darah ini berkemungkinan disebabkan oleh pengurangan pengambilan diet tinggi lemak dan protein dalam diet semasa berbuka puasa, sebaliknya masyarakat Islam di Malaysia kebiasaannya akan mengambil diet berkarbohidrat tinggi seperti minuman, buah tamar dan kuih-muih yang manis. Bagaimanapun, kita tetap digalakkan mengambil diet makanan seimbang semasa berbuka puasa kerana trend pengambilan diet berkarbohidrat tinggi akan mengundang masalah kesihatan lain seperti diabetes tak terkawal dan boleh menghilangkan manfaat yang didapati hasil pengurangan berat badan semasa berpuasa selama sebulan.

Kesimpulannya, ibadah puasa yang kita lalui saban tahun demi menunaikan perintah Allah jelas sekali tidak menyebabkan seorang Muslim itu terdedah kepada risiko serangan jantung jika kita melaksanakan amalan ini dengan kefahaman ilmu dan mendapat nasihat yang betul daripada mereka yang arif dengan ilmu perubatan. Justeru pesakit digalakkan supaya sentiasa proaktif serta berbincang secara individu dengan pengamal-pengamal perubatan berdaftar yang merawat mereka tentang penjagaan masalah kesihatan dan pengubahsuaian corak pengambilan ubat-ubatan terutamanya bagi yang menghidap penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi.

Sebaik-baiknya, perbincangan antara doktor dan pesakit mengenai perubahan dalam dos dan jadual pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit kronik dapat dilakukan beberapa minggu sebelum seseorang itu menjalani ibadah puasa bagi mengurangkan kesulitan semasa berpuasa wajib nanti.

Jaga Kehamilan Ketika Berpuasa

Artikel daripada Utusan Online


BIARPUN kehamilan merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil terutamanya pada bulan Ramadan. Tambahan, wanita hamil di bulan Ramadan memerlukan penjagaan dan pengambilan makanan secara teratur kerana amalan berpuasa dapat mengurangkan tenaga pada badan. Badan yang lemah akibat berpuasa bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan pada ibu tetapi bayi dalam kandungan juga akan turut mendapat implikasinya. Disebabkan oleh pelbagai faktor tertentu, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari kemungkinan menghidap pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan.


Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Ng Ah See berkata, ibu yang mengandung dalam tempoh tiga bulan pertama memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi terutamanya di bulan Ramadan. "Tempoh tiga bulan pertama adalah waktu kritikal bagi bayi kerana berlaku pertumbuhan yang cepat pada bahagia organ mereka. "Ibu yang berada dalam keadaan ini perlu merancang pengambilan makanan yang sihat. Ia bermula dengan pengambilan sarapan dan makanan dalam kuantiti yang kerap setiap hari," katanya.

Katanya, apabila berpuasa akan berlaku peningkatan kadar ketone dalam darah menyebabkan risiko berlaku kekurangan tenaga dalam badan. "Akibat berlaku peningkatan kadar ketone dalam darah, ramai wanita yang mengandung dalam tempoh tiga bulan akan mengalami loya dan muntah, pening, pitam dan sentiasa berasa letih. "Jika berlaku keadaan seperti ini, mereka digalakkan mengambil makanan tambahan yang mempunyai asid folik supaya kekal bertenaga dan boleh meneruskan puasa seperti biasa," kata Dr. Ng.

Katanya, akibat buruk jika kesihatan dan pengambilan makanan tidak dijaga akan menyebabkan berlaku komplikasi kepada bayi dalam kandungan. "Bayi akan lahir sebagai bayi pramatang, beratnya lebih ringan, dan akan mengalami masalah pertumbuhan ketika proses tumbesaran berlaku. "Selain itu pergerakan anak akan berkurangan dan ibu akan berasa sakit pada bahagian rahim akibat berlaku pengecutan selain sakit kepala dan juga demam," katanya.


Beliau berkata, terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti oleh ibu yang mengandung ketika berpuasa. "Mereka dinasihatkan berjumpa doktor pada peringkat awal untuk memastikan tiada penyakit seperti diabetes, tekanan darah rendah ataupun masalah gastrik. "Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang yang berat kerana bebanan yang berat ditakuti akan berlaku kecederaan pada kandungan. "Mereka juga perlu mengelakkan melakukan aktiviti yang akan menyebabkan badan berasa panas. Keadaan ini boleh menyebabkan badan terhidrat dengan cepat dan membahayakan kesihatan bayi," kata Dr. Ng.

Menurut beliau, pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat ketika berbuka dan juga bersahur akan membantu ibu mendapat tenaga secukupnya di siang hari. "Banyakkan pengambilan sayuran dan buahan selain memilih makanan yang boleh menyimpan banyak tenaga seperti kurma, kacang dan bijirin. "Utamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam dan mengurangkan makanan yang mempunyai banyak lemak. Ketika berbuka juga digalakkan meminum banyak air dan juga jus buahan segar," katanya.

Ujarnya, minuman berkafein seperti teh dan kopi tidak digalakkan untuk untuk ibu yang sedang mengandung ketika berpuasa. "Seeloknya, gantikan minuman tersebut dengan milo dan minuman yang berperisa coklat ataupun minuman buah-buahan," kata Dr. Ng.