Lampu paling dibenci pemandu... |
Bagaimanakah tabiat itu terbina? Melalui perlakuan yang konsisten...Sebab itu kebanyakan tabiat adalah bersifat buruk...pernah mendengar ungkapan 'buang tabiat' bukan? Adakah bila kita menggunakan ungkapan itu, kita maksudkan satu tabiat yang baik? Sudah tentu tidak! Kita pastinya menggunakan ungkapan 'buang tabiat' untuk merujuk kepada usaha membasmi tabiat yang buruk (ini juga satu tabiat, kan?)...
Maka, ini membuatkan kita berfikir, mengapa tabiat itu dikaitkan dengan amalan yang buruk sahaja? Mudah, kerana seperti yang kita nyatakan, tabiat terbentuk apabila sesuatu perbuatan berlaku secara konsisten untuk satu jangka masa tertentu...Ok, so far so good! Kita panjangkan perbincangan ini lagi : apakah jenis-jenis amalan yang kebiasaannya dapat kita lakukan secara konsisten? Sudah tentu perkara-perkara yang mudah bagi kita bukan? Malah yang menyeronokkan dan memuaskan hati!
Justeru, disebabkan inilah sebahagian besar tabiat manusia merupakan perkara yang negatif, kerana lazimnya perkara negatiflah yang :
- menyeronokkan / mengasyikkan (contohnya; merokok, menonton tv, memfitnah, bergossip, tuang kerja, bermain permainan video, facebook dll),
- mudah bagi kita (contohnya; buat kerja secara sambil lewa, memilih kerja yang tak perlu menggunakan minda, lebih suka menonton daripada membaca, menyerahkan masalah kepada orang lain untuk diselesaikan dengan alasan gajinya lebih besar!)
- memuaskan hati (contohnya; panas baran, mengutuk orang, kurang bersifat sabar dan lain-lain)
Oleh itu, kita perlu bermuhasabah sama ada apa yang kita lakukan seharian itu lahir daripada tindakan yang sudah dipertimbangkan, suatu kewajaran untuk kita sebagai makhluk yang dikurniakan akal, atau semata-mata tabiat yang automatik dan tidak kita sedari....
No comments:
Post a Comment