Kecantikan Bermula Dari Dalam!


Kita biasa dengar ayat yang jadi tajuk post kali ni kan? Biasanya orang akan relate dengan kecantikan jiwa, tapi kali ni saya nak share apa kaitan kesihatan luran dengan kesihatan dalaman kita pula.



Kita sebenarnya terdedah kepada toksin setiap hari tanpa kita sedar dari makanan, minuman, radikal bebas di udara, bahan cucian dan penjagaan harian kita. Toksin ini masuk dan berkumpul dalam sel darah. Darah yang kotor dengan toksin ni akan menyebabkan masalah kulit pula seperti jerawat, kulit kusam, mata tak berseri, rambut gugur dan macam-macam lagi masalah kecantikan. Krim kecantikan yang menjaga kulit dari luar juga perlukan bantuan dari dalam untuk ia berfungsi dengan lebih baik.

Jadi, kita perlulah detoks untuk mendapat kulit yang cantik dan tubuh yang sihat. Cara detoks ialah dengan:

1. Berpuasa
2. Minum air dengan banyak
3. Banyakkan makan sumber serat, vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur -sayuran
4. Makan supplement
5. Bersenam!



Senang kan? Jadi mulalah detoks sekarang!

1 comment:

HASRUL HASSAN said...

Skang banyak makanan ada toksik tanpa kita sedari .. kan kan ... bahan pewarnalah, ais lah, teh la ..