Artikel daripada Utusan Malaysia Online
STATISTIK daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan bahawa penyakit kanser adalah salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia apabila ia telah membunuh 7.6 juta orang pada tahun 2008. Malah, lebih memburukkan lagi apabila pada tahun 2030, dijangka kadar pesakit kanser akan meningkat sehingga 12 juta kes. Menurut data Majlis Kanser Nasional, MAKNA, di Malaysia sahaja, seramai 45,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dengan tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Menurut pakar pemakanan dan perubatan seluruh dunia, punca kepada peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan faktor pemakanan yang tidak seimbang. Realiti pemakanan kebelakangan ini amat membimbangkan apabila hampir 90 peratus daripada makanan seharian kita bersifat asid dan mengandungi pelbagai bahan perisa dan pengawet tiruan yang dibuat daripada bahan kimia dan sintetik yang merupakan agen kepada kanser. Realiti ini jauh berbeza seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan seluruh dunia di mana tubuh yang sihat memerlukan 20 peratus makanan berasid dan 80 peratus beralkali. Pengambilan makanan berasid dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan keadaan tubuh badan berasid yang boleh melemahkan sistem antibodi dan imunisasi. Seterusnya, ia boleh mengundang pelbagai penyakit kronik terutamanya kanser. Sel kanser adalah sel tidak normal yang membahagi dan membiak membentuk ketulan asing di tubuh badan yang dikenali sebagai tumor. Rawatan konvensional bukan sahaja mampu membunuh sel kanser, malah turut membunuh sel-sel yang normal.
Sumber Vitamin B17TAHUKAH ANDA bahawa Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tubuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk berjenama Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain dan dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia. Ini amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan. Prof. Madya Dr Syed Zainal Husin Wafa juga menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Ini amat penting bagi memastikan kandungan vitamin B17 masih kekal dan tidak rosak serta bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan. Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr Ismail Lasa berkata, "Aprikot kaya dengan vitamin B17 yang dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain." Khairun Nisa, 36 tahun, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai langkah alternatif bagi membantu rawatan penyakit yang dihadapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif. Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya semakin menyusut dan menghilang.
No comments:
Post a Comment