Salam!

Bila
anak-anak mula bertatih, kadar tumbesaran mereka menjadi perlahan.
Jadi, selera makan mereka juga mula berkurangan. Mereka mula berdikari
sewaktu makan dan boleh memilih untuk bermain di waktu makan. Ada
beberapa tips yang akan saya kongsikan untuk mengatasi masalah ini.
- Makan bersama-sama
- Sediakan makanan dan snek dalam hidangan yang kecil tetapi kerap.
- Sediakan makanan dengan cara yang menarik perhatian mereka seperti memotong sandwich dalam bentuk-bentuk kartun.
- Jadi fleksibel dalam memberi makanan. Beri si manja anda merasa semua jenis makanan seperti sayur, keju, buah-buahan.
- Elakkan paksaan atau memarahi si manja anda semasa makan
- Teruskan beri mereka susu untuk membesar
Jadikan waktu
makan si manja anda menyeronokkan dan berilah hidangan yang sesuai serta
seimbang untuk tumbesaran tubuh dan minda yang optimum. Tubuh mereka
memerlukan banyak protein dan kalsium serta tenaga yang tinggi. Manakala
minda mereka memerlukan antioksidan dan mineral untuk perkembangan
saraf.
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment