"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang mencipta..."
Rata-rata umat Islam tahu bahawa ayat yang pertama sekali diwahyukan kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W ialah surah 'Iqra'', yang boleh diterjemahkan sebagai "Bacalah!".
Kenapa ayat ini masih relevan hingga ke hari ini?
Selain daripada hakikat bahawa membaca itu merujuk kepada kemuliaan menuntut ilmu, terdapat beberapa faedah penting yang perlu kita amati dan hargai daripada perbuatan membaca itu sendiri serta memperluaskan bahaan bacaan kita.
Jawapan kepada masalah-masalah yang kita hadapi
Pertamanya, boleh dikatakan semua masalah yang mungkin kita hadapi atau akan hadapi, sebenarnya sudahpun dihadapi oleh orang lain. Sama ada masalah kewangan, keluarga, anak-anak, kerjaya, motivasi diri, mengasah bakat dan kemahiran dan banyak lagi. Dan jawapan kepada masalah tersebut secara asasnya sudah pun terjawab melalui penulisan dan perkongsian mereka yang berjaya mengatasinya dalam buku-buku yang telah mereka karang. Jadi, kalau kita serius untuk mendapat idea bagi merungkaikan simpulan masalah yang kita hadapi, kenalah rajin-rajin menelaah ya!
Shortcut yang mempermudahkan dan tidak membawa kepada masalah yang lebih besar
Kedua, buku merupakan shortcut versi halal yang wajar kita gunakan sepenuhnya, berbeza dengan skim-skim cepat kaya yang memperdaya, rasuah, memanipulasi orang dan jenis-jenis shortcut lain yang lebih kerap membawa kepada keburukan berbanding kebaikan. Ini kerana perkongsian pengalaman mereka yang sudah berjaya memberi kita jalan pintas dalam bentuk panduan, cadangan dan kupasan yang boleh kita amalkan sekaligus mengurangkan proses trial and error yang terpaksa mereka lalui! Ada antara pengajaran yang dimuatkan dalam karya-karya adalah hasil daripada pengalaman penulis yang menjangkau puluhan tahun. Dan kini kita dapat menfaatkannya hanya dengan meluangkan masa untuk membaca dan memahaminya! Tapi ingat, pengetahuan ini tidak mungkin menggantikan pengalaman; kita mesti berani mengamalkan maklumat yang diperolehi dan menyesuaikannya dengan keadaan diri kita. Kita perlulah mengambil tindakan atas ilmu yang dikongsi. Apabila ini berlaku, informasi akan menyemberangi jambatan realiti dan berubah menjadi ilmu. Gabungan teori, tindakan dan pengalaman inilah membawa kepada kejayaan kita, insya Allah!
Memberi inspirasi dan semangat
Ketiga, pengalaman, kecekalan, ketabahan dan kegetiran yang dilalui oleh mereka yang berjaya dapat memberi inspirasi kepada kita untuk mencontohi kehebatan mereka. Pernahkah anda membaca sesuatu ungkapan, petikan, seruan, atau bingkisan yang membuat anda berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu? Inilah suntikan semangat yang dimaksudkan. Ia mengisi jiwa kita dengan harapan dan keyakinan bahawa jika mereka boleh melakukannya, maka sudah tentu kita juga mampu berjaya.
Jadi, tiada alasan untuk kita untuk tidak mengejar kecemerlangan....Bak kata pujangga : Why wait for opportunity to knock when we have all the tools we need to go after it? Kehidupan ini bukan lagi boleh diertikan sebagai perjalanan santai tanpa destinasi, tetapi sesuatu perlumbaan yang kita mungkin sudahpun bermula dengan lewat!
No comments:
Post a Comment