
Kenapa? Kerana masa ialah umur. Masa ialah kehidupan.
Oleh itu Allah telah bersumpah dengan masa di dalam surah Al-Asr, dan menjamin bahawa manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal dan berdakwah.
Nikmat yang Sering Disia-siakan
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W juga, baginda bersabda bahawa dua nikmat yang sering dialpakan oleh manusia ialah masa dan kesihatan.
Hakikat ini turut diperakui oleh ilmu pengurusan moden, dan begitu banyak konsep, pendekatan dan teknik yang dijana oleh manusia sebagai kaedah mengurus masa....Namun kadang kala kita dapati teknik dan konsep pengurusan masa gagal memberi jawapan yang kita hendaki...
Kenapa, ya?
Boleh Mengurus Masa?

Kerana disebabkan apa yang diistilahkan sebagai 'tools seduction' atau kegilaan terhadap kaedah / teknik / konsep, kita lupa bahawa kita tidak mungkin dapat mengurus masa, tetapi kita hanya mampu mengurus diri kita...
Atau dalam ertikata lain, kita tidak boleh menyumbat masa itu ke dalam jadual kita, tetapi kitalah yang perlu mengikuti dan menghormati masa itu....
Maka sekali lagi, yang perlu di'urus' bukanlah masa, tetapi fikiran dan tindakan kita.....Jadi sebelum teknik dan konsep itu berguna kepada kita, kita mestilah membetulkan niat, membulatkan keazaman dan menguatkan nekad bahawa kita akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan kita menggunakan masa dengan sebaiknya, barulah kaedah atau teknik itu akan membantu kita...
Berwaspada terhadap 'Tools Seduction'
'Tools seduction' ini berlaku apabila kita lebih meletakkan kepercayaan kepada alat / teknik / konsep yang hendak digunakan berbanding modal insan iaitu potensi dalam diri kita.

Ya! Memanglah alat-alat tersebut ada gunanya, namun sumbangannya begitu kecil berbanding nilai dan modal insan yang disebutkan tadi.
Maka Sedarilah Kita terhadap Hakikat
Begitulah juga dengan perjuangan kita terhadap masa, janganlah kita terpedaya dengan konsep dan teknik terkini, sedangkan yang menentukan kalah menang kita dalam perjuangan ini tidak lain dan tidak bukan, ialah sejauh mana kita sanggup bertanggungjawab atas perbuatan dan tindakan kita. Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment