Apabila kita kata kita tahu apa yang kita mahukan sesuatu dalam kehidupan kita, apakah maksudnya? Selain daripada jiwa yang komited terhadap memperolehi perkara itu, ada 2 isu yang perlu kita cari jawapannya, untuk kita benar-benar tahu apa yang kita mahu :
Pertama, kita kena tahu bagaimana kita hendak mencapai perkara itu. Ini ialah soal 'strategi'! Contohnya, kalau nak berniaga, kita kena tahu apa yang kita hendak niagakan, kita kena tahu bagaimana mendapatkan modal (sama ada wang atau modal insan seperti ilmu, keberanian, nasihat dsb!), kita kena tahu mana hendak berniaga dan kita tahu siapa pelanggan kita. Contoh lagi, kalau nak sesuatu ilmu, maka kita 'tahu' apabila kita apa yang kita ingin pelajari, siapa guru terbaik yang boleh kita belajar daripadanya, bagaimana untuk berjumpa dan mendapat tunjuk ajar daripada guru tersebut dan sebagainya. Jadi, syarat pertama ialah...anda perlu tahu bagaimana hendak mencapai benda yang anda mahu, barulah betul-betul anda 'tahu'...Kalau anda kata anda tahu bahawa anda mahu berniaga, tetapi apabila ditanya bagaimana? Apa? Bila? Dan kepada siapa? anda gagal menjawabnya...bermakna anda belum betul-betul jelas apa yang anda mahu sebenarnya....!
Tahu 'Harga' Atau Apa Yang Perlu Kita Korbankan!
Kedua, kita kena tahu apa yang kita perlu korbankan demi mencapai apa yang kita mahukan. Ini adalah perkara yang sering kita lupakan! Kita perlu jujur dengan diri kita bahawa apa sahaja perkara baik yang ingin kita capai pasti mempunyai 'harga' yang perlu kita bayar. Dan selagi kita tidak tahu apa 'harga'nya, bagaimana kita dapat mengaku bahawa kita 'tahu' apa yang kita mahu? Acap kali usaha yang murni terbantut kerana pihak yang menjalankannya tidak menjangka atau menyangka harga yang perlu dibayar terlalu mahal! "Kalau saya tahu susah macam ni, tak akan saya buat..." itulah antara kata-kata yang sering kita dengar.
Mari kita lihat bagaimana konsep ini berlaku dalam kehidupan harian. Jika kita berkata kita mahu ber'diet', bermakna kita juga perlu tahu bahawa kita perlu mengelakkan daripada memakan makanan kegemaran kita; kita perlu berhenti makan sambil menonton rancangan kegemaran kita dan kita perlu mengorbankan masa dan tenaga untuk bersenam secara sistematik dan konsisten. Jika kita kata kita tahu, tetapi apabila disuruh bersenam kita merungut : "Kena bersenam ke? ni yang saya tak nak ni..." bermakna semasa kita kata kita tahu apa yang kita mahukan, kita sebenarnya masih 'blur'
Jadi, apply lah konsep ini kepada semua benda yang anda rasa anda mahu dalam kehidupan ini : sama ada keluarga, kerjaya, persahabatan, kemahiran dan kebahagiaan dunia dan akhirat...
Nah, sekarang adakah anda benar-benar tahu apa yang anda mahukan?....
No comments:
Post a Comment