.


Bukan Calang-calang Pengiktirafan!
Tahukah kita kurma memiliki kedudukan dan nilai yang sangat istimewa di dalam Islam sehinggakan banyak ayat al Quran yang menyebut dan menceritakan tentang buah ini. Allah mengingatkan manusia bahawa pohon kurma yang tumbuh di muka bumi ini adalah antara tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah. Antaranya dalam surah al-An'am ayat 99 “Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman”.

Fakta kehebatan kurma juga ada diceritakan dalam surah Maryam ayat
23-26 tentang kisah perjuangan
Saidatina Maryam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ’Alaihissalam. ”(Ketika
hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal
pohon tamar (kurma)............, lalu ia diseru
dari sebelah bawahnya; ’Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam),
sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan
gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma
yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang
merunsingkan”.
Sumber Tenaga
.jpg)
Sumber Serat
Kurma juga mengandungi serat larut yang dipanggil beta-D glucan. Menurut ‘The Encyclopedia of Healing Foods’, serat jenis ini membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dan membantu mengawal gula dalam darah. Selain daripada itu, kandungan kurma yang tinggi serat tidak larut juga boleh membantu memperelokkan sistem pencernaan dan seterusnya mengatasi masalah sembelit.

Baik untuk Wanita Hamil dan Melahirkan Anak
Bagi wanita hamil dan yang melahirkan anak, kurma juga sangat
baik untuk diamalkan kerana boleh membantu memperbanyakkan susu ibu,
membekalkan tenaga dan membantu proses kelahiran.

Kurma juga terkenal sebagai agen mencerdaskan minda. Maka adalah amat wajar buah kurma dijadikan snek harian terutamanya untuk anak-anak kita kerana manfaatnya yang sangat besar untuk tumbesaran mereka samada dari segi fizikal mahupun perkembangan otak.
Agen Penenang
Fakta yang menakjubkan juga mendapati kurma kaya dengan triptofan iaitu sejenis asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan seretonin dalam tubuh. Seretonin berfungsi menstabilkan mood, memperbaiki kualiti tidur dan menenangkan perasaan. Pastinya kebahagian dalam hidup bukan hanya dengan fizikal yng sihat tetapi juga dengan emosi yang stabil dan terkawal.

![]() |
QASEH GOLD dilengkapi dengan pes kurma yang tinggi kualiti dan kuantiti untuk membantu membekalkan tenaga dan meningkatkan kesihatan fizikal, emosi dan minda, insya Allah |
1 comment:
Insya Allah, visi kita ialah untuk memartabatkan makanan sunnah sehingga menjadi amalan harian penduduk Malaysia! Satu rumah, satu Qaseh!
Post a Comment