
Kita selalu mendengar pepatah Inggeris “You are what you eat” bermaksud kesihatan tubuh badan kita bergantung kepada apa yang yang kita makan. Pemakanan yang baik dan berkhasiat serta seimbang adalah perlu untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan cergas bukan sahaja dari segi fizikalnya malah turut merangkumi kecerdasan minda dan kesejahteraan emosi. Pemakanan yang baik ini akan menjadi pemangkin untuk membantu anak-anak ini mengembangkan potensi diri dan kepandaian yang sememangnya telah lengkap ada semenjak dilahirkan. Kita hayati firman Allah dalam surah At-Tin yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian!”
Sebagai ibubapa, pastinya kita sanggup berkorban apa sahaja utuk memastikan anak-anak mendapat kesempurnaan dalam hidup mereka. Selain daripada pelaburan untuk pendidikan, perubatan dan simpanan, pastikan apa yang mereka makan dan minum juga turut diberi keutamaan.

Kesemua makanan ini bukan sahaja dapat membantu anak-anak kekal bertenaga, lebih bersemangat dan lebih daya tumpuan di sekolah , malah turut membantu melegakan tekanan, menstabilkan emosi serta menguatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah dijangkiti penyakit, insya Allah.
Jadikan Qaseh teman baik anak-anak kita dan sebagai satu langkah untuk mendidik mereka mengenali dan mencintai makanan kegemaran Rasulullah SAW seterusnya menikmati kesihatan fizikal, emosi dan minda menerusi pemakanan yang halal lagi baik ini, insya Allah. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment