Dia Selesema, Cikgu!


Ahem. Tiada kena mengena dengan Bird Flu atau Swine Flu, okey.

Salam!


Sepupu saya selsema katanya dua hari lepas. Saya pun asyik bersin saja sejak itu. Ah, selsema. Tak suka! Tak selesa dengan hidung tersumbat, asyik bersin-bersin, rasa panas badan, lenguh sana-sini. Ugghh! Untuk mereka  yang tak kuat sistem imun macam saya ni kena hati-hati. Jom berkenalan sikit dengan penyakit flu atau selsema ni.

Selesema atau flu disebabkan oleh virus influenza. Ada dua jenis flu ni sebenarnya iaitu Influenza A dan Influenza B. Yang selalu kita kena tak kira masa ialah Influenza B sebab kalau yang A itu selalunya terjadi pada peranjakan musim bunga dan musim sejuk. Ahem, Malaysia tak ada musim sejuk kecuali masa musim hujan saja. Hehe.

Jangkitan biasanya terjadi kalau kita terhidu (amboi macam terhidu gas beracun gayanya) nafas pesakit flu sewaktu dia bersin, bercakap atau bernafas sebab dalam nafasnya itu ada virus Influenza. Ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan kalau kita pegang sesuatu yang ada virus influenza lalu kita tak basuh tangan terus pegang mulut atau hidung kita. Contohnya kalau adik kita selsema, bersin tutup hidung dengan tangan lalu dia pegang tombol pintu. Lepas itu kita pula pegang. Eeew tapi itu yang selalunya jadi pun.


Untuk mengelakkan jangkitan selsema, kita kena:
  • Elakkan dari berada di tempat tertutup dengan pesakit selsema. Kalau perlu pun, pakai topeng sugeri (topeng Ultraman tak boleh!)  yang boleh kita beli di farmasi 
  • Sentiasa cuci tangan sebelum makan atau sebelum menyentuh muka dan gunakan hand sanitizer.
  • Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit
  • Tutup hidung dan mulut ketika bersin menggunakan tisu atau sapu tangan 

 Bagi yang dah ada simptom-simptom selsema macam yang saya tulis di atas tadi tu, sila minum air banyak-banyak untuk mengelakkan demam serta ambil supplemen vitamin C. Ia membantu! Bagi pengamal Qaseh, bahan-bahan semulajadi dalam Qaseh seperti madu, habbatus sauda serta air zam-zam membantu untuk melawan virus Influenza ini seterusnya menguatkan sistem imun badan supaya lebih daya tahan penyakit!
 
Selsema ini penyakit yang didatangkan sebagai cubaan untuk kita. Jadi bersabar dan berikhtiarlah untuk menyembuhkannya ya!

Jumpa lagi! 



1 comment:

Luqman said...

Wau, jauhnya mamat tu bersin!Anyways, good stuff...