Ambillah Peluang 5 Perkara Sebelum Datangnya 5 Perkara : …….MASA SIHAT SEBELUM SAKIT….


Ramai yang inginkan tubuh badan yang sihat, tetapi tidak ramai yang berusaha untuk mendapatkannya. Ramai yang sekadar berharap agar dikurniakan kesihatan yang baik tetapi gagal mengambil  langkah yang sewajarnya. Kesihatan sebagaimana kecantikan adalah anugerah Allah yang diberikan kepada setiap insan. Kesihatan menjadi satu aset yang tidak ternilai dan tidak mungkin dapat ditukarkan dengan wang ringgit.
Namun ramai di antara kita tidak menyedari perkara ini sehinggalah nikmat kesihatan ini diuji oleh Allah. Kita renungi pesanan Baginda Rasulullah SAW dalam sepotong hadis “Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara: Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa lapang kamu sebelum sibuk. Seorang ilmuan pernah menukilkan bahawa seringkali kita mengorbankan kesihatan untuk mendapatkan kekayaan, akhirnya kita terpaksa mengorbankan  kekayaan tersebut untuk mendapatkan balik kesihatan !

Antara perkara asas dalam penjagaan kesihatan ialah memastikan tubuh badan kita mendapat bekalan air yang mencukupi. Secara umumnya kita disyorkan meminum 8 gelas air sehari. Ada juga yang memberi saranan bagaimana mengira keperluan air kepada tubuh badan kita iaitu berat badan kita (dalam kg) dibahagi dengan 30. Contohnya, berat kita 60kg dibahagi 30, maka keperluan air kita ialah 2 liter sehari. Jika badan kita cukup air, maka ini akan membantu menyampaikan oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh, membantu  melawaskan sistem pembuangan dan perkumuhan, mengawal suhu badan dan berbagai lagi. Dikatakan juga bahawa 70% daripada tubuh badan kita adalah air, maka secara logiknya jika kita menjaga air yang kita minum setiap hari dari segi kuantiti dan kualitinya, maka kita juga akan menjaga 70% daripada tubuh badan kita, insya Allah.

Perkara lain yang perlu kita titikberatkan dalam penjagaan kesihatan ialah soal pengambilan makanan  dan minuman kita. Kita di Malaysia bertuah kerana dengan adanya masyarakat berbilang bangsa, maka kita berpeluang menikmati pelbagai juadah yang enak dan lazat daripada berbagai-bagai citarasa. Bukan itu sahaja, malah kita bebas makan di mana-mana dan pada bila-bila masa kerana warung 24 jam sentiasa terbuka! Adakalanya kita menjadi terlalu fokus kepada persoalan  sedap atau tidak sesuatu makanan sehingga kita terlupa dengan soal manfaat makanan tersebut dan kesannya kepada tubuh badan.

Tubuh badan kita yang hidup ini perlu dibekalkan dengan zat dan nutrien penting supaya sentiasa dapat berfungsi dengan baik. Selain daripada pengambilan suplemen yang banyak dijual di pasaran, apa kata kita kembali kepada sunnah Rasulullah SAW dengan menjadikan makanan kegemaran Rasulullah SAW ini sebahagian daripada diet harian kita. Makanan-makanan sunnah seperti madu, kurma, buah tiin, zaitun, delima dan air zam-zam  bukanlah makanan bermusim, bukan juga makanan kaum-kaum tertentu apatah lagi ianya bukan makanan yang ‘biasa-biasa’. Malah kalau kita hayati perintah dan pengiktirafan yang Allah berikan dalam al Quran serta yang dianjurkan oleh Nabi kita SAW, pastinya kita tidak akan menoleh ke belakang lagi dengan menjadikan makanan sunnah ini menu wajib kita sekeluarga setiap hari!

Firman Allah Taala dalam surah an Nahlu ayat 69 “..dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warna, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)…”

Allah telah memerintahkan Saidatina  Maryam untuk memakan buah kurma saat beliau sedang berjuang ketika mahu melahirkan Nabi Isa AS sebagaimana dikisahkan dalam surah Maryam ayat 23-26 “...Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan”

Sabda Rasulullah SAW “Tetaplah kamu dengan habbatus sauda’ kerana padanya penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya Ya Rasulullah, apakah itu as Sam? Jawab Rasulullah,  As Sam itu adalah mati”

Pastinya jika kita mencari dan mendalami, terdapat banyak lagi ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang mengiktiraf dan memberi penegasan terhadap kelebihan dan kehebatan makanan-makanan sunnah ini.

Jelasnya makanan sunnah adalah makanan yang sangat baik diamalkan untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Persoalannya adakah kita mampu beristiqamah dalam mengamalkan makanan sunnah setiap hari dengan mengambil kira faktor seperti  masa, kos dan rasa yang seringkali menjadi kekangan kepada kita?
Satu pilihan yang terbaik ialah mengamalkan jus Qaseh yang menggabungkan makanan-makanan sunnah seperti madu dan pes kurma dalam kuantiti dan kualiti yang tinggi serta diperlengkapkan dengan buah tiin, minyak zaitun, habbatus sauda’, air zam-zam dan yang terbaru sekali akan turut ditambah dengan delima dan gum Arabic. Jus Qaseh menawarkan satu konsep yang MUDAH untuk mengamalkan makanan sunnah, MURAH dengan harga serendah RM3 sehari untuk kebaikan yang tidak ternilai serta MUJARAB insya Allah untuk membantu membekalkan tenaga fizikal dan minda, menstabilkan hormon, menguatkan sistem imun tubuh, melancarkan perjalanan darah, melegakan stress dan menenangkan perasaan serta pelbagai khasiat lain, insya Allah.

Selain daripada faktor pemakanan dan minuman harian, meningkatkan hubungan dengan yang Maha Pencipta, Allah RabbulJalil, serta membina hubungan yang baik sesama manusia, senaman dan riadhah, kawalan dan pengurusan diri terhadap tekanan dan stress juga sangat perlu agar kita dapat menjalani kehidupan yang berkualiti serta meningkatkan kesihatan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi turut merangkumi kesejahteran mental dan emosi, insya Allah. Wallahu a’lam.

3 comments:

The Khalidah said...

umm..um...menggoda betul makanan. baiklah, mula diet hari ini (tak tahu berapa kali dah cakap benda sama T__T )

Luqman said...

Makanan Sunnah sememangnya sesuai tidak kira musim...Org kita sahaja yang 'memusimkannya'...Tq for sharing dan mudahan mendapat pahala menganjurkan sesuatu yang baik.

Singapore To Malacca Buses said...

i like your blog,i always online looking this kind of information. thanks for your sharing. hope you can share more information with us..
Express Bus From Singapore To Kuala Lumpur KL