Strawberry Cream Milkshake


Salam! Hai dah cuba ke resipi saya yang lepas? Kalau belum. boleh klik SINI

Okey kali ni saya nak share resipi yang ringkas juga menggunakan pati strawberi atau kalau di pasaraya cari Strawberry Concentrate. Berbeza dengan kordial yang banyak menggunakan gula, perisa tiruan, pewarna tiruan, strawberry concentrate ini menggunakan buah strawberi asli. 

Sebelum tu mari kita berkenalan dengan buah yang berbiji di luar ni. Selain dari warna merahnya yang menggoda selera dan rasanya yang enak, strawberi tinggi flavonoid yang membantu menghalang kanser. Selain itu ia juga kaya dengan vitamin B kompleks, vitamin A dan E serta mineral semulajadi. Unik kan buah strawberi ni? 

Selain itu kebaikan susu yang saya guna iaitu susu kambing PowerGoat ialah ia membantu penghadaman dan kalsium tingginya boleh meningkatkan metabolisme. Untuk yang diet, jangan risau untuk cuba resipi ni ya? 

Jadi mari kita tengok macam mana nak buat Strawberry Cream Milkshake yang super sedap ini. 

STRAWBERRY CREAM MILKSHAKE


2 sachet susu kambing PowerGoat yang dibancuh dengan secawan air suam
3 sudu besar strawberry concentrate
3 sudu besar aiskrim vanila
3 cawan ais
Kalau mahu lebih manis boleh tambah gula secukup rasa

CARA:
Kisarkan semua bahan. 
Hidangkan dalam gelas. Hiaskan dengan strawberry concentrate di atasnya.


Selamat mencuba! (:

No comments: