Kecantikan Bermula Dari Dalam!
Kita biasa dengar ayat yang jadi tajuk post kali ni kan? Biasanya orang akan relate dengan kecantikan jiwa, tapi kali ni saya nak share apa kaitan kesihatan luran dengan kesihatan dalaman kita pula.
Kita sebenarnya terdedah kepada toksin setiap hari tanpa kita sedar dari makanan, minuman, radikal bebas di udara, bahan cucian dan penjagaan harian kita. Toksin ini masuk dan berkumpul dalam sel darah. Darah yang kotor dengan toksin ni akan menyebabkan masalah kulit pula seperti jerawat, kulit kusam, mata tak berseri, rambut gugur dan macam-macam lagi masalah kecantikan. Krim kecantikan yang menjaga kulit dari luar juga perlukan bantuan dari dalam untuk ia berfungsi dengan lebih baik.
Jadi, kita perlulah detoks untuk mendapat kulit yang cantik dan tubuh yang sihat. Cara detoks ialah dengan:
1. Berpuasa
2. Minum air dengan banyak
3. Banyakkan makan sumber serat, vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur -sayuran
4. Makan supplement
5. Bersenam!
Senang kan? Jadi mulalah detoks sekarang!
Tips Minum LEBIH BANYAK Air
Hai!
So last week saya dah share fungsi air untuk kecantikan. Hari ni saya nak share tips untuk minum air, istimewa untuk mereka yang susah sangat nak minum macam saya sendiri.
1. Sediakan segelas air dalam bilik sebelum tidur. Bila bangun keesokan pagi, minum segera sebelum cuci muka.
2. Bawa air dalam botol ke mana-mana anda pergi terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal seperti shopping, atau ketika berada di bawah terik matahari.
4. Makan makanan yang mengandungi kandungan air tinggi seperti sup, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tembikai, timun dan tomato adalah antara contoh buah dan sayur yang ada kandungan air yang tinggi.
5. Campurkan buah dalam air minuman. Ini dipanggil infused water. Hiriskan limau, oren, epal, daun mint atau kismis, masukkan dalam air dan tunggu semalaman sebelum minum. Rasa masam-masamnya akan buat kita nak berselera untuk minum lebih!
Selamat mencuba!
Labels:
Kesihatan,
The Khalidah,
Tips
Minum Air Untuk Cantik!
Salam!
Hai, dah berapa gelas air kita minum hari ni? Ada yang kata bergelas dah. Ada pula yang kata tak sampai segelas lagi (macam saya ni). Huhu!
Tahukah anda, minum air pun boleh jadi cantik?
1. Kulit Kelihatan Lebih Bersih
Air yang cukup akan membuang toksin dari badan dan menjadikan kulit kita lebih bersih tanpa jerawat dan cela!
2. Kulit Lebih Berseri
Pengaliran darah yang lancar selepas minum air yang cukup akan buat kulit berseri dan pink-pink gitu..
3. Mata Yang Bersinar
Mata kita mengandungi cecair dan dilapisi dengan cecair juga. Kalau kekurangan air, mata kita mula rasa kering dan gatal. Jadi amalkan minum air untukmata cantik!
Susah nak minum air? Aaa memang susah bagi yang tak biasa. Tak apa, lain kali saya share macam mana nak buat kita selera minum air.
Tata!
Labels:
kecantikan,
Kesihatan,
The Khalidah
Gambar Kiamat di Seluruh Dunia
Minggu lepas kecoh dengan berita kiamat yang dijadualkan tiba pada 21 Disember 2012. Perlbagai telatah masyarakat dunia kita boleh tengok. Padahal hari itu hanyalah hari terakhir dalam kalendar Maya purba. Adoi...
Yang pasti ramai juga termakan troll kalendar Maya tu. Sebagai Muslim kita percaya yang kiamat tak tentu bila tiba, tapi kita ada cara sendiri untuk bersedia, kan?
| Peranchis-tunggu alien datang? |
| Cuba-rileks menari |
![]() |
| Turki-buka gerai cenderahati kiamat haha |
| China siap dengan bebola gergasi untuk survive |
| Australia-beli stok keperluan |
Yang pasti ramai juga termakan troll kalendar Maya tu. Sebagai Muslim kita percaya yang kiamat tak tentu bila tiba, tapi kita ada cara sendiri untuk bersedia, kan?
Khasiat Halia
Halia ialah satu herba penting dalam masakan Asia terutamanya masakan Melayu. Dari resepi yang ada tumis-tumis, sampailah ke kuih-muih tradisional macam pengat, pasti ada halia untuk menambah rasa dan aroma. Kalau di kampung, senang saja ditanam di laman rumah. Di KL ni, jumpa di pasar raya jelah...
Tak ramai orang yang gemar makan halia ni. Mungkin sebab rasanya yang agak pedas kot. Kalau jumpa dalam makanan mesti akan kuis letak tepi.
Sebab itu khasiat halia tak ramai yang tahu. Ramai yang kata untuk buang angin je. Jom tengok khasiat lain halia!
1. Merawat sistem pencernaan
Terasa perut sebu dan pembuangan bermasalah? Cuba minum air rebusan halia bersama madu!
2. Meringankan sakit kepala
Halia melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh, maka insyaAllah sakit kepala yang disebabkan oleh aliran darah bermasalah itu akan berkurangan
3. Memanaskan badan
Untuk mereka yang tak tahan sejuk, asyik sakit-sakit urat...haa cubalah petua makan halia atau minum air rebusannya!
4. Mengatasi Lemah Tenaga Batin
Betul, sebab halia melancarkan darah ke...ke..ke 'situ' -_-'''
5. Melegakan Asthma
Kerana halia bantu buka salur pernafasan dan mengeluarkan kahak di tekak.
6. Anti Kanser
Sebagai langkah mencegah kanser, amalkan makan halia ya! Untuk yang menderita kanser, halia membantu dalam rawatan anda.
Selamat mencuba!
Labels:
halia,
Kesihatan,
The Khalidah
Minyak Zaitun Dan Feeling Italy
Salam!
Bila sebut ja pasal minyak zaitun, pasti ada yang teringat dengan satu negara di Eropah yang satu ni iaitu Itali. Kita begitu mensinonimkan minyak zaitun dengan Itali ni sampai makanan lain kita masak guna minyak sawit, tapi tang pasta, salad segala kita reti pula guna minyak zaitun kan?
Haa, kalau ada yang berhajat nak beli minyak zaitun, atau yang dah beli tapi perap dalam kabinet sebab tak tahu nak buat apa, jom saya kongsikan tips penggunaannya supaya kita pun jadi sihat dan jelita macam orang Itali!
1. Dalam masakan
Gunakan untuk menumis, atau sebagai dressing salad!
2. Gantikan majerin atau mentega
Kalau resepi anda menggunakan mentega atau majerin, bolehlah gantikan bahan tersebut dengan minyak zaitun!
3. Sebagai minyak rambut
Lumurkan minyak zaitun ke kulit kepala dan rambut selepas mandi. Amalkan dua hari sekali untuk rambut yang lebih sihat, lebat dan berkilat! Ia juga boleh mencegah masalah kutu.
4. Sebagai pelembap kulit
Kulit terlalu kering atau kusam? Ambil sedikit minyak zaitun dan urutkan ke wajah atau bahagian tubuh yang merekah atau kering. Dalam 2-3 hari, nampak hasilnya!
5. Alternatif kepada krim pencukur
Lumurkan minyak zaitun sebelum bercukur dan lihatlah kesannya!
Penanggal solekan biasa selalunya mengandungi alkohol yang akan merengsa kulit sensitif. Gunakan cotton ball yang dibasahkan dengan minyak zaitun.
Selamat mencuba!
Labels:
kecantikan,
Minyak Zaitun,
The Khalidah
Virus Ombre Yang Menggila!
Salam!
So anda tanya, ombre apakah?
Saya hanya ada 1 saja jawapan, iaitu : CANTIK!!
Ombre ialah satu teknik mainan warna dengan tona yang berbeza samada 1 warna atau lebih. Di Malaysia, kegilaan ombre ini menjangkiti pembuat kek dan wedding planner! Satu cara kreatif untuk mempelbagaikan warna dalam hiasan tanpa nampak serabut. Jom kita tengok!
Wah banyak kan! Bolehlah pelbagaikan warna dalan kehidupan seharian kita nanti.
Jumpa lagi!

| Kek |
| Table Centerpiece |
| Kad Jemputan |
![]() |
| Dress |
| Pewarna Kuku |
| Perabot |
Wah banyak kan! Bolehlah pelbagaikan warna dalan kehidupan seharian kita nanti.
Jumpa lagi!
Labels:
decoration,
gradient colors,
ombre ideas,
The Khalidah
Gigi Manis
Salam!
Adakah anda peminat makanan manis ni? Selalunya perempuan lah yang minat makan coklat, kek, kuih bagai.
Peminat makanan manis ni sentiasa ada keinginan nak mengunyah. Dalam beg mesti standby gula-gula paling kurang. Saya kadang-kadang jelah, itu pun Mentos huhu! Ikut kajian yang dibuat atas tikus, tikus yang biasa diberi makanan bergula ni akan jadi tak keruan kalau keputusan bekalan! Macam ketagih, gitu.
Nak makan manis boleh tapi biarlah berpada-pada dan seimbangkan dengan senaman untuk bakar kalori. Jangan lupa gosok dan flos gigi!
Anda pula macam mana?
Labels:
Kesihatan,
The Khalidah
Dapur, Wanita & Anda!
Zaman sekarang, susah sangat wanita-wanita dan anak-anak bujang nak gunakan dapur sebaik-baiknya...
sebabnya zaman sekarang, kebanyakan wanita adalah wanita bekerjaya so mereka tak de masa sangat nak luangkan masa ke dapur akibat kekangan kerja yang melambak... balik rumah dah penat kan?
tapi bagi pendapat saya kan, tanggungjawab dan lumrah seorang wanita, memang kena masak kat rumah.. sebabnya, masakan air tangan isteri atau ibu boleh mengeratkan silaturrahim dan tambah kasih sayang antara family tu sndiri... koman-koman pun kalau orang pmpuan nie tak boleh masak, mmg terpakse beli je kan, at least kalau boleh makan la sama-sama.. nie pun satu lagi alternatif lain untuk mengeratkan hubungan kasih sayang antara keluarga....tidak pun, sekali sekala orang lelaki memasak apa salahnya.. time hari bekerja isteri masak, suami tolong... hari minggu, suami masak, isteri tolong...
lagi satu, peranan suami @ orang lelaki, bantulah ibu @ isteri di dapur, msti si ibu @ isteri rasa sangat dan tersangatlah happy dan dihargai tengok orang yang dia sayang ada skali waktu die masak... Ala, lagipun membantu isteri di dapur nie pun salah satu sunnah Nabi s.a.w.. waktu makan pun sama jugak... Berjemaah jugak time makan ok!... ^_^
kalau saya la kan, saya suka masak sorang-sorang.. tapi saya nak jugak tengok, orang yang saya sayang makan dengan seleranya masakan saya tu.. yela, kena fikir jugak, memasak nie penat, kalau kite tak makan, kecik hati orang yang memasak...
so, kepada wanita, rajin-rajinkanlah diri anda untuk memasak.. untuk lelaki pulak, rajin-rajinkanlah membantu wanita.. semestinya, keberadaan anda di sisi orang tersayang, menambah erat hubungan dan kasih sayang... kalau ada dapur dekat rumah tapi jadi tempat perhiasan je buat ape kan...
lagi satu, kepada orang bujang, belajarlah memasak!! tak kira la lelaki @ wanita.. dua-dua kena ade peranan yang sama.. termasuk lah saya sendiri... huahuahua!!!
~~~Tips kebersihan dan masa : kalau korang nak cepat, sediakan bahan-bahan untuk masak awal then waktu tengah memasak sambil-sambil tunggu ikan siap goreng atau tunggu sup tengah mendidih, kemas dan basuh terus alatan yang korang guna sebelum masak tadi... mesti lebih cepat siap keje... xperimen nie memang saya guna selalu dan ternyata berkesan.. selamat mencuba!!
-Aleya-
#PrayForGaza Tak Sepenuhnya Membantu
Salam!
Hari ni dah masuk hari ke berapa Gaza diserang oleh rejim zionis ye? Maklumat dari sana mengatakan serangan bom dah macam hujan. Kalau kita kat Malaysia ni basah dengan air hujan dan paling tidak pun demam, kat Gaza basah dengan darah dan kematian.
Di laman-laman sosial dah tersebar banyak maklumat dan ajakan untuk mendoakan penduduk Gaza. Tapi sebenarnya doa saja tak cukup! Mereka perlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti bekalan ubat-ubatan.
Banyak tindakan dari penduduk dunia yang mengecam serangan itu, contohnya perhimpunan di depan Kedutaan Israel, menggodam website penting Israel yang menyebabkan kerugian, demonstrasi jalanan dan pelbagai lagi.
Dan salah satu cara yang boleh kita buat ialah menderma. Carilah organisasi yang memang menyalurkan sumbangan ke Palestin. Apa yang kami buat di ANA EDAR SDN BHD ialah menyumbangkan RM1 dari setiap pembelian produk Qaseh GOLD Adinda dan Kekanda kepada tabung Gaza kami yang nanti diberi kepada Aqsa Syarif.
Buatlah sehabis daya untuk membebaskan Gaza dari serangan Israel. Serangan udara hanyalah serangan 'introduction' je untuk melemahkan pertahanan. Lepas ini mungkin tentera darat Israel akan menceroboh dan bila itu terjadi, kemusnahan akan berlipat kali ganda lagi.
Allahu Akbar! Semoga Tuhan melindungi mereka dan kita semua!
Labels:
#prayforgaza,
Gaza,
Gaza under attack,
The Khalidah
Sebuah Parsel Berisi Bayi Ditemui!
Salam!
Kelahiran baby memang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri tambah lagi bila menunggu lama. Berita yang kami dapat pagi tadi memang mengejutkan! Bila buka Facebook kami jumpa satu gambar bayi baru dilahirkan. Bayi itu berbalut dengan kain warna pink.
Ah sebenarnya terkejut campur gembira! Wan Amalina yang juga penulis untuk QQ dah pun selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan pada jam 1 pagi tadi. Tengok sikit baby diaaa!
Putih macam emak dia juga! Semoga mereka berdua sihat sebab kami semua tak sabar nak jumpa!
Labels:
The Khalidah
High Heels: Cantik Yang Hodoh
Salam!
Ada tak pembaca QQ yang suka sangat pakai stiletto atau kasut tumit tinggi? Cantik kan bila terletak di kaki? Kita pun menapak lebih confident dan rasa seksi. Tambah pula banyak rekaan terkini yang buat kita telan liur banyak kali. Rasa macam nak borong semua!
![]() |
| Amboi, style kan! |
Tapi tahukan anda ada masalah kalau kita pakai kasut tumit tinggi dalam jangkamasa panjang? Jom kita checkout apa masalahnya!
1. Postur Badan Yang Tak Normal & Sakit Pinggang.
![]() |
| Klik untuk lebih jelas! |
2. Tekanan Di Kaki
Tumit, lutut dan bahagian hujung kaki kita ialah 3 titik yang membawa beban tubuh kita bila kita pakai kasut tumit tinggi. Lebih tinggi tumit kasut tu, lebih banyak tekanan yang kita hadapi.
3. Kekejangan Kaki
Sebab saraf kaki terutama di betis akan mengecut dan jadi pendek jika selalu pakai kasut tumit tinggi. Dah tak boleh regang :(
4. Bentuk Kaki Berubah
Bentuk kaki boleh berubah kerana tekanan yang ditanggung kerana tulang jari kaki membengkok.
5. Morton's Neuroma
Akan terjadi akibat saraf mengembang. Walaupun tak nampak di kulit tapi ia menyakitkan atau buat kitarasa kebas.
Adakah anda rasa macam tu bila pakai kasut tumit tinggi?
Labels:
fesyen,
kecantikan,
Kesihatan,
The Khalidah
Terapi Kanser Semula Jadi
Artikel daripada Utusan Malaysia Online
STATISTIK daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan bahawa penyakit kanser adalah salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia apabila ia telah membunuh 7.6 juta orang pada tahun 2008. Malah, lebih memburukkan lagi apabila pada tahun 2030, dijangka kadar pesakit kanser akan meningkat sehingga 12 juta kes. Menurut data Majlis Kanser Nasional, MAKNA, di Malaysia sahaja, seramai 45,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dengan tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Menurut pakar pemakanan dan perubatan seluruh dunia, punca kepada peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan faktor pemakanan yang tidak seimbang. Realiti pemakanan kebelakangan ini amat membimbangkan apabila hampir 90 peratus daripada makanan seharian kita bersifat asid dan mengandungi pelbagai bahan perisa dan pengawet tiruan yang dibuat daripada bahan kimia dan sintetik yang merupakan agen kepada kanser. Realiti ini jauh berbeza seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan seluruh dunia di mana tubuh yang sihat memerlukan 20 peratus makanan berasid dan 80 peratus beralkali. Pengambilan makanan berasid dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan keadaan tubuh badan berasid yang boleh melemahkan sistem antibodi dan imunisasi. Seterusnya, ia boleh mengundang pelbagai penyakit kronik terutamanya kanser. Sel kanser adalah sel tidak normal yang membahagi dan membiak membentuk ketulan asing di tubuh badan yang dikenali sebagai tumor. Rawatan konvensional bukan sahaja mampu membunuh sel kanser, malah turut membunuh sel-sel yang normal.
Sumber Vitamin B17TAHUKAH ANDA bahawa Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tubuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk berjenama Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain dan dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia. Ini amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan. Prof. Madya Dr Syed Zainal Husin Wafa juga menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Ini amat penting bagi memastikan kandungan vitamin B17 masih kekal dan tidak rosak serta bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan. Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr Ismail Lasa berkata, "Aprikot kaya dengan vitamin B17 yang dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain." Khairun Nisa, 36 tahun, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai langkah alternatif bagi membantu rawatan penyakit yang dihadapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif. Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya semakin menyusut dan menghilang.

Pendarahan Rektum Semasa Hamil
Artikel daripada Utusan Malaysia Online
"MASALAH pendarahan rektum adalah biasa berlaku pada golongan wanita hamil dan tidak akan membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan. "Wanita hamil tidak perlu risau akan masalah ini kerana keberangkalian mendapat masalah lain adalah rendah, namun pemeriksaan haruslah dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar," katanya. Dr. Seenivasagam berkata, petanda bagi pendarahan rektum adalah apabila titisan darah muncul ketika membuang air besar. "Pendarahan rektum mempunyai beberapa kemungkinan iaitu berpunca daripada buasir ataupun sembelit," katanya lagi. Kemungkinan untuk mendapat buasir adalah tinggi dalam situasi sedang hamil kerana pembesaran saiz janin di dalam kandungan menyebabkan tekanan pada saluran darah.
Namun Dr. Seenivasagam berkata, pendarahan rektum juga berpunca daripada masalah lain seperti sembelit. "Perubahan fisiologi akan berlaku terhadap sistem badan wanita hamil menjadikan keperluan air sangat diperlukan oleh badan. "Kekurangan terhadap pengambilan air dalam kehidupan seharian mengakibatkan sembelit dan ini menyebabkan pendarahan rektum berlaku," tambahnya sewaktu ditemu bual di Hospital Pantai Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sembelit berlaku apabila kekurangan pengambilan air dan nutrien serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang menyebabkan kesukaran membuang air besar. Najis yang keras dan terlalu meneran sewaktu membuang air besar mengakibatkan luka pada bahagian kulit dubur dan menyebabkan pendarahan berlaku. Luka atau rekahan yang terjadi akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang air besar jika dibandingkan dengan buasir. "Pendarahan rektum akibat luka dan sembelit akan hilang setelah bersalin dan selalunya masalah ini dapat disembuhkan dengan pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor dan pengambilan diet yang betul," katanya.
Selain itu, bagi wanita yang mempunyai masalah buasir, Dr. Seenivasagam berkata, masalah itu mampu membesar sehingga ke peringkat ketiga ketika hamil jika mereka tidak mengamalkan diet seimbang dan pengambilan air yang mencukupi. Namun, buasir biasanya akan mengecil dan berkurang setelah bersalin. Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali membuang air besar. Masalah buasir akan timbul apabila pembengkakan pada kusyen vaskular berlaku akibat tekanan yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran.
Untuk mengenal pasti punca masalah pendarahan ini, pemeriksaan proctoscopy akan dilakukan alat tersebut dimasukkan ke dalam dubur untuk mengenalpasti punca masalah tersebut. Dalam pada itu, bagi merawat dan mengurangkan masalah pendarahan rektum ini, ubat melembutkan najis atau ubat mengawal buasir akan diberikan oleh doktor. "Masalah ini tidak memerlukan pembedahan dan kebanyakan pesakit tidak berjumpa doktor kerana takut dibedah," kata Dr. Seenivasagam. Pengambilan air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari serta mengambil diet seimbang disarankan oleh doktor bagi mengelakkan pendarahan rektum berlaku semasa proses kehamilan. Jika gejala ini berlaku pada wanita hamil, segeralah berjumpa doktor bagi mengelakkan masalah lain seperti ketumbuhan atau kanser dalaman.
"MASALAH pendarahan rektum adalah biasa berlaku pada golongan wanita hamil dan tidak akan membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan. "Wanita hamil tidak perlu risau akan masalah ini kerana keberangkalian mendapat masalah lain adalah rendah, namun pemeriksaan haruslah dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar," katanya. Dr. Seenivasagam berkata, petanda bagi pendarahan rektum adalah apabila titisan darah muncul ketika membuang air besar. "Pendarahan rektum mempunyai beberapa kemungkinan iaitu berpunca daripada buasir ataupun sembelit," katanya lagi. Kemungkinan untuk mendapat buasir adalah tinggi dalam situasi sedang hamil kerana pembesaran saiz janin di dalam kandungan menyebabkan tekanan pada saluran darah.
Sembelit berlaku apabila kekurangan pengambilan air dan nutrien serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang menyebabkan kesukaran membuang air besar. Najis yang keras dan terlalu meneran sewaktu membuang air besar mengakibatkan luka pada bahagian kulit dubur dan menyebabkan pendarahan berlaku. Luka atau rekahan yang terjadi akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang air besar jika dibandingkan dengan buasir. "Pendarahan rektum akibat luka dan sembelit akan hilang setelah bersalin dan selalunya masalah ini dapat disembuhkan dengan pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor dan pengambilan diet yang betul," katanya.
Selain itu, bagi wanita yang mempunyai masalah buasir, Dr. Seenivasagam berkata, masalah itu mampu membesar sehingga ke peringkat ketiga ketika hamil jika mereka tidak mengamalkan diet seimbang dan pengambilan air yang mencukupi. Namun, buasir biasanya akan mengecil dan berkurang setelah bersalin. Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali membuang air besar. Masalah buasir akan timbul apabila pembengkakan pada kusyen vaskular berlaku akibat tekanan yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran.
Untuk mengenal pasti punca masalah pendarahan ini, pemeriksaan proctoscopy akan dilakukan alat tersebut dimasukkan ke dalam dubur untuk mengenalpasti punca masalah tersebut. Dalam pada itu, bagi merawat dan mengurangkan masalah pendarahan rektum ini, ubat melembutkan najis atau ubat mengawal buasir akan diberikan oleh doktor. "Masalah ini tidak memerlukan pembedahan dan kebanyakan pesakit tidak berjumpa doktor kerana takut dibedah," kata Dr. Seenivasagam. Pengambilan air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari serta mengambil diet seimbang disarankan oleh doktor bagi mengelakkan pendarahan rektum berlaku semasa proses kehamilan. Jika gejala ini berlaku pada wanita hamil, segeralah berjumpa doktor bagi mengelakkan masalah lain seperti ketumbuhan atau kanser dalaman.
Jimatkan Rokok Anda!
Salam!
Selamatkan rokok anda!! Jangan bakar rokok tu! Nanti tercemar bumi. Ha, itu maksudnya.Perasan tak kalau kita vacuum lantai rumah, kejap je berhabuk balik. Aiyyoh! So no other way, have to vacuum everyday! Tambah lagi kalau rumah kita tepi jalan besar. Kalau yang ada bibik tu ada juga orang nak tolong buatkan untuk kita. Untuk yang tak ada, berusaha sendiri jelah nak bersihkan lantai. Hmm.. Kalau nak tahu, itulah salah satu kesan pencemaran udara. Habuk dari kilang, asap dari kenderaan, habuk rokok. Countless!
Walaupun macam tu, kita boleh mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ni. Jom baca lagi!
BERHENTI MEROKOK!
Merokok bukan saja menyebabkan pencemaran udara tapi juga bahaya kepada kesihatan. Tapi perokok mana yang nak dengar nasihat kita. Jadi selamatkan rokok anda daripada dibakar, okey?
GUNA PENGANGKUTAN AWAM
Penggunaan LRT tidak mengeluarkan asap. Kalau berasap pun masa rosak lah. Hehe. Oh kalau bas, boleh tengok point bawah ni.
| Do you carpool, mate? WE DO! |
CARPOOL
Berkongsi kereta boleh mengurangkan pengeluaran asap dari setiap individu. Naik bas pun sama. Bayangkan dalam sebuah bas ada 50 orang. Kalau 50 orang tu tak naik bas tapi naik kereta sendiri, macam mana keadaannya ye?
BERBASIKAL / BERJALAN KAKI
Galakkan anak-anak yang sekolah dekat-dekat supaya berbasikal dengan kawan-kawan atau jalan kaki. Bukan anak-anak je, kita yang remaja (remaja lagi ke? ehem!) ni pun praktikkan sekali. Boleh bersenam dalam masa yang sama, kan?
Di Jakarta dah ada kempen berbasikal 'Car Free Day' pada setiap Ahad, menyaksikan penduduk-penduduk bandar itu bersatu untuk tidak menggunakan kenderaan bermotor dan hanya guna basikal atau berjalan kaki.
Kita, bila lagi?
| Yuk! |
Labels:
carpool,
Eco,
harga rokok naik,
The Khalidah
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)