Minyak Zaitun Dan Feeling Italy
Salam!
Bila sebut ja pasal minyak zaitun, pasti ada yang teringat dengan satu negara di Eropah yang satu ni iaitu Itali. Kita begitu mensinonimkan minyak zaitun dengan Itali ni sampai makanan lain kita masak guna minyak sawit, tapi tang pasta, salad segala kita reti pula guna minyak zaitun kan?
Memang betul minyak zaitun ni lebih sihat dan selamat berbanding minyak tumbuhan lain. Ia mengandungi kandungan asid lemak yang tinggi untuk mengawal kolesterol, serta Vitamin E yang boleh mencantikkan kulit, menyihatkan rambut serta awet muda.
Haa, kalau ada yang berhajat nak beli minyak zaitun, atau yang dah beli tapi perap dalam kabinet sebab tak tahu nak buat apa, jom saya kongsikan tips penggunaannya supaya kita pun jadi sihat dan jelita macam orang Itali!
1. Dalam masakan
Gunakan untuk menumis, atau sebagai dressing salad!
2. Gantikan majerin atau mentega
Kalau resepi anda menggunakan mentega atau majerin, bolehlah gantikan bahan tersebut dengan minyak zaitun!
3. Sebagai minyak rambut
Lumurkan minyak zaitun ke kulit kepala dan rambut selepas mandi. Amalkan dua hari sekali untuk rambut yang lebih sihat, lebat dan berkilat! Ia juga boleh mencegah masalah kutu.
4. Sebagai pelembap kulit
Kulit terlalu kering atau kusam? Ambil sedikit minyak zaitun dan urutkan ke wajah atau bahagian tubuh yang merekah atau kering. Dalam 2-3 hari, nampak hasilnya!
5. Alternatif kepada krim pencukur
Lumurkan minyak zaitun sebelum bercukur dan lihatlah kesannya!
6. Penanggal solekan
Penanggal solekan biasa selalunya mengandungi alkohol yang akan merengsa kulit sensitif. Gunakan cotton ball yang dibasahkan dengan minyak zaitun.
Selamat mencuba!
Labels:
kecantikan,
Minyak Zaitun,
The Khalidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment