#PrayForGaza Tak Sepenuhnya Membantu


Salam!

Hari ni dah masuk hari ke berapa Gaza diserang oleh rejim zionis ye? Maklumat dari sana mengatakan serangan bom dah macam hujan. Kalau kita kat Malaysia ni basah dengan air hujan dan paling tidak pun demam, kat Gaza basah dengan darah dan kematian.



Di laman-laman sosial dah tersebar banyak maklumat dan ajakan untuk mendoakan penduduk Gaza. Tapi sebenarnya doa saja tak cukup! Mereka perlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti bekalan ubat-ubatan.

Banyak tindakan dari penduduk dunia yang mengecam serangan itu, contohnya perhimpunan di depan Kedutaan Israel, menggodam website penting Israel yang menyebabkan kerugian, demonstrasi jalanan dan pelbagai lagi.



Dan salah satu cara yang boleh kita buat ialah menderma. Carilah organisasi yang memang menyalurkan sumbangan ke Palestin. Apa yang kami buat di ANA EDAR SDN BHD ialah menyumbangkan RM1 dari setiap pembelian produk Qaseh GOLD Adinda dan Kekanda kepada tabung Gaza kami yang nanti diberi kepada Aqsa Syarif.

Buatlah sehabis daya untuk membebaskan Gaza dari serangan Israel. Serangan udara hanyalah serangan 'introduction' je untuk melemahkan pertahanan. Lepas ini mungkin tentera darat Israel akan menceroboh  dan bila itu terjadi, kemusnahan akan berlipat kali ganda lagi.

Allahu Akbar! Semoga Tuhan melindungi mereka dan kita semua!

No comments: