Salam!
Rakyat Malaysia mewah betul dengan makanan kan? Setiap kali makan, menu lain-lain. Dan kalau tengok dalam bekas sampah di rumah, kebanyakannya ialah sampah basah. Yang terbuang tu semua melibatkan kos, bukan saja duit tapi juga tenaga kita, minyak kereta dan masa.
Amboi, selori makanan jadi sampah! |
So kali ni saya nak share tips dengan anda macam mana nak jimatkan pembaziran dan pembuangan makanan yang banyak tu!
1. Jadi Pembeli Bijak!
- rancang menu dan beli bahan ikut menu yang kita pilih dan tulis senarai barang
- beli barang kering secara borong untuk dapatkan harga rendah dan minimumkan penggunaan pembalut
2. Tengok Tarikh Luput!
- pilih yang tarikh luputnya lambat lagi
- guna sistem FIFO (First In First Out) untuk makanan dalam tin atau makanan kering
- jangan terus buang yang dah tamat tarikh luputnya. periksa dulu elok atau tak. kalau masih elok, boleh makan lagi.
Bekukan makanan yang tak habis! |
3. Penuhkan Freezer!
- lebihan makanan macam sup atau kuah boleh dibekukan untuk digunakan lain kali
4. Makan Dalam Kuantiti Kecil
- saiz makanan kecil boleh mengelakkan kita membazir.
- minta separuh hidangan makanan di restoran
- bawa pulang lebihan makanan yang tak habis
5. Jadikan Baja Kompos
- sampah buah, sayur, makanan, ikan dan daging boleh dibuat baja
- untuk buat baja kompos, lihat SINI
6. DONATE!
- beri makanan yang anda (ter)beli banyak dengan jiran dan kawan atau ke rumah amal yang memerlukan.
Ha..kan dah ada idea untuk jadi eco-friendly dan berjimat. Apa kata anda pula?
No comments:
Post a Comment