Bolehkah Sihat Semasa Aidilfitri?


Salam Aidilfitri!

Ramadhan lepas kita berpuasa. Ada yang berpesta sewaktu berbuka, tapi ada juga yang betul-betul menjaga kesihatan. Bagi yang menjaga kesihatan waktu Ramadhan, pasti akan resah bila Syawal tiba.

Saya sendiri pun terasa kurang sihat sewaktu Aidilfitri tiba. Iyalah, perut yang sentiasa dijaga makan ikut waktu kini asyik disumbat saja. Pergi beraya, menu wajib bagi masyarakat Melayu pasti ketupat,  pelbagai nasi, daging, masakan bersantan, kuih-muih dan minuman manis. Cuba kira kalori yang kita telan bila beraya ke sesebuah rumah. Oh, rasa macam Godzilla tiba-tiba! *lap air mata*



Soalnya bolehkah kita kembali jadi sihat walaupun kalendar kita penuh dengan undangan rumah terbuka?

Ada beberapa tips untuk dikongsi supaya terus sihat sepanjang Aidilfitri ini.

1. Kawal kuantiti makanan
Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap.

2. Ambil sumber serat
Serat tinggi membantu kita rasa cepat kenyang dan penyingkiran buangan. Banyakkan makan buah dan sayuran. Minum jus tanpa gula.

3. Guna bahan alternatif
Santan yang mengandungi kalori tinggi boleh digantikan dengan santan kelapa sawit, susu cair atau yogurt dalam masakan.

4. Pilih yang rendah lemak!
Buang kulit ayam, lemak daging, minyak berlebihan di kuah kacang, kurangkan makanan bergoreng.


5. Minum air mineral
Air bermineral boleh membuang toksin dari badan sambil membekalkan nutrient!

6. Bersenam!
Bersenamlah sekerap yang anda mampu. Bakar kalori berlebihan dan kekalkan berat badan unggul!




Semoga kita terus sihat. Selamat berhari raya!

2 comments:

Ellnaz Collections said...

yeay..tips yg berguna... :)
tengkiu...

Nama : Naily Akmal Hamidun Majid
Alamat : No. 268, Laluan Taman Meru 2, Taman Meru 1B, 30020 Ipoh, Perak...

The Khalidah said...

TQ :D