Kita didatangi seorang penjual semasa membeli belah di Jalan
TAR, membawa satu produk kesihatan ajaib yang dapat melawan segala macam jenis
penyakit sehingga ke tahap menghidupkan orang yang mati! Pastinya akal kita
yang waras ini akan terus menolak dan melabelkan penjual tersebut sebagai gila
atau ianya hanya gimik jualan semata-mata!
Dalam satu konvensyen barangan antarabangsa pula, kita
mendapat maklumat satu produk makanan tambahan yang mampu menyembuhkan penyakit
kanser dan 1001 penyakit lain serta memanjangkan hayat sehingga 100 tahun! Produk
tersebut buatan US dan siap dilengkapi rujukan kajian pakar-pakar kesihatan sedunia.
Kita menjadi yakin kerana penerimaan kita kepada produk luar negara seringkali
positif lebih-lebih lagi produk tersebut dipamerkan dalam satu program bertaraf
dunia dan penjualnya pula memakai kot dan blazer!Keyakinan kita untuk membeli seringkali didorong oleh faktor penjual yang pandai memujuk, kekuatan jenama lebih-lebih lagi yang datang dari negara barat dan pembungkusan yang menarik perhatian biarpun adakalanya ianya hanya indah pada khabar dan rupa semata-mata! Ada juga sesetengah golongan masyarakat yang lebih mudah terpesona dengan cerita-cerita ajaib yang mungkin hanya direka atau digembar-gemburkan walaupun hakikatnya produk tersebut mungkin boleh membahayakan kesihatan dan nyawa!
JAMINAN DARI ALLAH !
Bagaimana pula jika jaminan yang kita dapat datangnya daripada satu kuasa besar yang telah menciptakan kita daripada tiada kepada ada, yang tahu segala-ganya tentang diri kita dan yang berkuasa menghidupkan kita atau mematikan kita ?
Yakinkah kita dengan segala janji Allah Rabbul Jalil dalam
al Quran dan melalui lisan Baginda Nabi kita Muhammad SAW ?Tahukah kita betapa cinta dan kasihnya Allah kepada kita sehinggakan terdapat banyak ayat al Quran dan Hadis Nabi yang menceritakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang bersifat menyembuh dan sangat baik untuk tubuh badan dan kesihatan kita sebagai insan ?
Madu
Yakinkah kita dengan firman Allah dalam surah An Nahlu ayat
69 “..dengan itu keluarlah dari badannya
minuman (madu) yang berlainan warna,
yang mengandungi penawar bagi manusia
(dari berbagai-bagai penyakit).
Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah)
bagi orang-orang yang mahu berfikir”.Madu juga diangkat sebagai penyembuh yang mujarab melalui sabda Baginda Nabi SAW “Ambilllah, pergunakanlah olehmu sekelian dua penyembuh iaitu madu dan al Quran- Riwayat Ibnu Majah”
Kurma
Satu lagi makanan tersohor yang dikhabarkan kehebatannya di dalam al Quran ialah kurma. Fakta keajaiban kurma ada dikisahkan dalam surah Maryam ayat 23-26 yang mana Allah telah memerintahkan Saidatina Maryam untuk memakan buah kurma saat beliau sedang berjuang ketika mahu melahirkan Nabi Isa AS. Yakinkah kita dengan kalam Allah “...Dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan”

Buah kurma juga adalah pilihan Nabi kita SAW, para ulama dan ahli ibadah. Sabda Rasulullah SAW “Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci – Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi”
Habbatus Sauda’
Terlupakah kita dengan sepotong hadis popular yang cukup
memberi harapan ? Yakinkah kita dengan sabda Rasulullah SAW “Tetaplah kamu dengan habbatus sauda’ kerana padanya penawar segala jenis penyakit
melainkan as Sam. Para sahabat bertanya Ya Rasulullah, apakah itu as Sam? Jawab
Rasulullah, As Sam itu adalah mati –
Riwayat Bukhari”
Buah Tiin dan ZaitunFirman Allah dalam surah at Tiin “Demi buah Tiin dan buah Zaitun…”. Berulangkali kita membaca ayat ini dalam solat tetapi pernahkah kita terfikir dan berusaha mencari sebab mengapa Allah bersumpah dengan 2 buah istimewa ini ?
Delima
Antara banyak buah-buahan yang Allah tumbuhkan di muka bumi
ini, salah satu buah yang Allah pilih untuk sebut dalam Al Quran ialah buah
delima atau ar-rumman. Antaranya ada dinukilkan dalam surah Ar Rahman ayat 68 “Pada keduanya juga terdapat buah-buahan,
serta pohon-pohon kurma dan delima”.
Tidak dapat dinafikan, pasti ada
nilai dan khasiat yang tinggi pada buah delima ini.Yakinkah kita bahawa air zam-zam adalah air terbaik di dunia ? Sejauh manakah kita meyakini sabda Rasulullah SAW “Air yang paling baik di permukaan bumi ialah air zam-zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit – Riwayat at Tabrani”. Begitu juga dengan sabda Baginda SAW “Zam-zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi – Riwayat Muslim”.
JADI, MASIH TIDAK YAKINKAH KITA...?
![]() |
| QASEH GOLD mengandungi makanan yang diiktiraf dan disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi SAW |

1 comment:
Sangat setuju. Ramai yang percaya, tapi tak yakin. Tugas kita ialah untuk menjadikan mereka percaya, yakin dan terus mengangkat kedudukan makanan sunnah. Amin.
Post a Comment